Breaking News

Tuesday, February 25, 2014

Jom Bercuti Ke Okinawa Jepun

http://old.wallcoo.net/human/SZ_154_OKINAWA_Japan_01/wallpapers/1920x1200/beach_of_Okinawa_GJ017.jpg
Pantai Okinawa

Kembara virtual Blog Santai malam ni singgah di Okinawa Jepun. Pulau Okinawa terletak di utara Jepun. Ia merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ryukyu dengan keluasan 1,201.03 km. Menurut bancian penduduk pada September 2009, seramai 1,384,762 orang tinggal di pulau ini. Bahasa Uchinaguchi adalah bahasa harian penduduk di sini.

http://images.smh.com.au/2012/07/27/3497598/art-Japan1-620x349.jpg
Zamami Island, Okinawa
http://media-cdn.tripadvisor.com/media/photo-s/01/6c/42/91/zamami-sunset.jpg
Senja Di Pulau Zamami

Okinawa Terkenal Di Khalangan Pelancong


Terdapat banyak lokasi menarik di Okinawa, seperti Pulau Zamami. Zamami adalah sebahagian daripada pulau-pulau Kerama. Ia adalah salah satu destinasi popular untuk menyelam dan juga snorkeling.

fish Okinawa where the Japanese tourism
Pebagai Spesis Ikan
http://www.naturelicious.com/wp-content/uploads/2012/07/Zamami-fish.jpg
Pebagai Spesis Ikan

Pelbagai spesis terumbu karang, ikan dan juga penyu merupakan tarikan utama pelancong ke pulau ini. 
http://3.bp.blogspot.com/-9S0cDtkGBC8/Uvrjl-homiI/AAAAAAAAK1U/BY1aMpmo8W4/s1600/11.Bingata(red+style)_representative+and+traditional+dyeing+technique+in+Okinawa.jpg
"Ryukyu Bingata"

"Ryukyu Bingata" Dari Okinawa


Selain daripada pulaunya yang cantik, Okinawa juga popular kerana produk "Ryukyu Bingata" yang mereka hasilkan. Pelbagai corak dan warna yang menarik dihasilkan melalui proses tenunan. 

http://hiraekinjoryubu.com/yahoo_site_admin/assets/images/2.33772917_std.JPG
Tarian Rhukuyu
http://www.japanupdate.com/img/2013/04/Ryukyu-Festival4.jpg
Tarian Ryukyu
Sansen musik okinawa
Sanshin

Tarian Ryukyu Okinawa


Tarian Ryukyu ditarikan dalam pakaian yang elegan diiringi bunyi yang santai daripada "Sanshin" (instrumen seperti gitar yang mempunyai tiga tali) yang merupakan sebahagian daripada seni persembahan Okinawa. Tarian Ryukyu dibahagikan kepada tiga gaya "tarian klasik", asalnya dilakukan di mahkamah diraja untuk menyambut tetamu dalam era Ryukyu, " Zo - odri " (tarian popular) yang telah muncul berikutan era Ryukyu. Ia memaparkan perasaan rakyat biasa melalui koreografi yang meriah, dan " Tarian Kreatif " yang moden. 


Tankan

Okinawa juga popular dengan Tankan. "Tankan" ialah sejenis buah sitrus, dan buah ini biasa didapati ketika musim sejuk di Okinawa. Ianya boleh didapati di setiap ladang di sebelah utara bahagian tengah pulau utama Okinawa seperti Izumi di bandar Motobu.

Contest I Love Okinawa


Kalau you all rasa nak pergi melancong, Okinawa ni memang highly recommended. Yang bestnya lagi, sekarang ni Japan Tourist Board sedang mengadakan kempen "I Love Okinawa" untuk menggalakkan rakyat Malaysia melancong ke sana. Untuk memeriahkan lagi kempen ni dia orang ada menganjurkan contest yang menawarkan hadiah menarik. 

Syarat-Syarat Contest I Love Okinawa


1. Like Fanpage VisitOkinawa.my



2. Pilih tiga gambar yang you all suka daripada senarai 20 gambar yang disediakan. Kalau you all berjaya memilih gambar yang bernombor "ATARI", you all akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.

3. Tempoh Penyertaan :10/2/2014 - 10/3/2014 jam 23.59.59

4. Hadiah : Gelas Ryukyu (5 Pemenang)Pasir Bintang (Hoshi No Suna) 50 Pemenang

5. Cara pengumuman pemenang: Pihak Penganjur akan menghantar maklumat kepada pemenang melaui alamat email yang didaftar melalui kempen ini setelah cabutan diadakan pada pertengahan bulan Mac nanti.   

So jom semua. VisitOkinawa.my untuk Join ya!!!!


17 comments:

  1. Pantai diorang ni memang cantik tapi xboleh mandi manda sebab air lautnya sejukkk.
    Ada contest rupanya...

    ReplyDelete
  2. Pasti satu percutian hebat kalau bercuti disini. semoga berjaya untuk kontes ni.

    ReplyDelete
  3. nak ke sana jauhlah kalau dekat lagi bagus heee...

    ReplyDelete
  4. saya nak daftar belajar kat inti jom temankan saya heeee

    ReplyDelete
  5. cantiknya pantai kat okinawa...best kalau dapat bercuti ke sana kan :)

    ReplyDelete
  6. jom kita shopping ke ikea, lepas tu singgah di british council yer :)

    ReplyDelete
  7. subhanallah.. cantiknya.. aiza mimpi malam ni nak ke sana.. :D

    ReplyDelete
  8. waaaa. macam best.. good luck..

    ReplyDelete
  9. wah boleh malam nanti tiudr nak mimpi yang ini heee

    ReplyDelete
  10. cari ubat gigi hee kalau tak gosok gigi susah haaa.. tengah pikir nak ajak sapa beli gincu keh..keh...keh...

    ReplyDelete
  11. cantiknye....bile lah dapat gi sana tu..

    ReplyDelete
  12. tak mampu nak pergi..ada sape2 nak bawak tak??akeke

    ReplyDelete
  13. Menarik.. namanya mmg amat terkenal tp belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi.. all the best Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  14. cantik betul lah tempat nie.... kalau lah diberikan kesempatan nak sangat pergi....

    ReplyDelete
  15. Okje malas betul nak beriya iya masuk contest ni....awak rajinkan Raudzah....

    ReplyDelete

Designed By