Posts

Showing posts from January, 2015

Tak Kan Mungkin

Image
Untuk semua pembaca Blog Santai...Tahniah Caliph Buskers Lagu favorite sekarang ni...Tak Kan Mungkin. Single dari Azmi Caliph Buskers. Sedap kan...Tapi sayang tak dimainkan di radio..

Kes Buli Masa Rehat

Image
Kena Buli Masa Rehat Kena Buli Masa Rehat Tak habis-habis lagi kes buli ni ya...Dan yang kritikalnya, kes buli terbaru ni melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di Alor Setar.  Wah dah makin advance adik-adik kita ni ya. Kecil-kecil lagi dah nak jadi gangster. Dalam aksi video terbaru ni,  memaparkan sekumpulan lima murid membuli seorang murid lain.  Difahamkan, kejadian membabitkan murid berusia 12 tahun itu dipercayai berlaku di dalam kelas pada waktu rehat. Dalam video ni kelihatan mangsa yang berpakaian sukan duduk atas lantai dan disepak pada badan selain kepalanya turut diletakkan bakul sampah plastik. M angsa tidak melawan sebaliknya hanya mendiamkan sambil menangis meminta tidak diapa-apakan. Hmmm...Tak tau nak kata apa..Speechless...Adik siapalah ni ya... 1. Cabaran KLCC 2. Kisah Benar Tahun 2014   3. Sengsara Rakyat Malaysia 4. Misteri Cleaner Di Subang 5. Apa Yang Tak Kena Dalam Video Ni?   6. Siapa Berani RM1000 Dala

Air Asia QZ8501 Langgar Syarat Penerbangan?

Image
Mayat penumpang AirAsia QZ8501 yang ditemui dari laut dibawa menaiki pesawat tentera sebelum dihantar ke Surabaya, di Pangkalan Bun. Air Asia QZ8501 Langgar Syarat Penerbangan? Insiden sedih yang menimpa pesawat Air Asia, QZ8501 masih lagi menyelubungi ramai diantara kita. Sebagai salah seorang daripada pengguna tegar Air Asia, kita sedikit kecewa apabila terbaca  kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh  Kementerian Pengangkutan  Indonesia semalam. Dalam kenyataan tersebut, mereka mengatakan syarikat penerbangan Air Asia telah melanggar  kontrak bertarikh 24 Oktober 2014 yang hanya membenarkan penerbangan untuk laluan Surabaya-Singapura-Surabaya pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu. Malangnya pesawat Air asia 8501 telah didapati terbang di laluan itu pada hari Ahad. Akibat daripada pelanggaran ini, kesemua penerbangan untuk laluan  Surabaya-Singapura-Surabaya digantung buat sementara sehinggalah siasatan dan penilaian selesai. Bila baca berita ni, automatically terin

Salam Maulidur Rasul

Image
Salam Maulidur Rasul السلام عليكم  buat semua pembaca   Blog Santai . Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu. (Al Nasai & Ibnu Hibban) 1. Cabaran KLCC 2. Kisah Benar Tahun 2014   3. Sengsara Rakyat Malaysia 4. Misteri Cleaner Di Subang 5. Apa Yang Tak Kena Dalam Video Ni?   6. Siapa Berani RM1000 Dalam Tangan 7. Perlu Ke Iklan Macam Ni?

BR1M 4

Image
BR1M 4 Permohonan dan penemaskinian dilanjutkan sehingga ke 31 st Januari 2015. Silalah kemaskini pada yang belum ya..Semoga ianya dapat membantu mereka yang memerlukan.. 1. Cabaran KLCC 2. Kisah Benar Tahun 2014   3. Sengsara Rakyat Malaysia 4. Misteri Cleaner Di Subang 5. Apa Yang Tak Kena Dalam Video Ni?   6. Siapa Berani RM1000 Dalam Tangan 7. Perlu Ke Iklan Macam Ni?

Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera

Image
Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera Banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sememangnya meninggalkan impak yang besar. Antara keperluan mendesak pada ketika ini selain daripada bantuan yang kita hulurkan untuk mangsa banjir, bekalan darah A dan juga AB juga amat diperlukan.  Menurut Kementerian Kesihatan, b ekalan darah jenis A dan AB pada ketika ini tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit terutama di negeri terjejas banjir. Justeru itu, mereka merayu orang ramai yang mempunyai jenis darah yang sama, tampil untuk menderma darah dengan segera di Unit Bergerak Kempen Menderma Darah berhampiran ataupun Pusat Darah Negara kerana bekalan darah terutama kedua-dua jenis itu kini semakin berkurangan. Jadi kepada sesiapa diluar sana yang memiliki jenis darah yang sama bolehlah sama-sama membantu. Semoga setiap darah yang didermakan akan menjadi "harta" dikhirat kelak. 1. Cabaran KLCC 2. Kisah

Warga Emas Tinggal Dalam Hutan Di Tengah Kota

Image
Warga Emas Tinggal Dalam Hutan Di Tengah Kota Warga Emas Di Tengah Kota السلام عليكم  buat semua pembaca   Blog Santai . Alhamdulillah kita masih diberikan udara untuk bernafas dan berkongsi kisah suka dan duka yang berlaku dalam masyarakat kita. Pagi ni cerita yang menarik perhatian kita adalah kisah penderitaan seorang  warga emas yang tinggal bersendirian di dalam hutan di tengah kota. Bila baca berita ni..agak tragis sebenarnya. Kita sendiri pun tak pernah membayangkan masih wujud cerita terpinggir sebegini. Di Kuala Lumpur lagi.. Berteduhkan sebuah pondok yang dibina sejak tahun 1980 dengan menggunakan papan dan zink yang kini sudah mereput, Pakcik   Mohamed Dris, 74, tinggal didalamnya ditemani sebuah  meja papan buatan sendiri dan tikar getah yang dijadikan tempat tidur. Tiada elektrik dan juga tiada air.  Beliau hidup sebatang kara di pondok usang itu selama hampir lebih 34 tahun kerana tidak mampu menyewa rumah semenjak hilang punca pendapatan sebagai penore

35 Maut Kerana Wang palsu

Image
35 Maut Kerana Wang palsu 35 Maut Kerana Wang palsu 35 Maut manakala 42 orang lagi mengalami kecederaan kerana berebutkan wang palsu yang dibuang dari atas sebuah bangunan. Kejadian yang dianggap terburuk dan memalukan itu, berlaku apabila orang ramai yang sedang berkumpul untuk menyambut tahun baru, merempuh antara satu sama lain untuk mendapatkan wang palsu yang dibuang tersebut. Ramai yang terjatuh dan dipijak oleh rakan-rakan yang lain.   Dan yang sangat menyedihkan wang tersebut adalah wang palsu..bukan betul pun...Hmmm... Korban Wang palsu Salah Seorang Korban Adalah Rakyat Malaysia Inilah antara kisah duka yang berlaku di Shanghai malam tadi sempena menyambut tahun baru 2015.  Bila baca cerita ni, speechless. Nasib baik tak berlaku di Malaysia. Dan kita rasa kalau ada yang melakukan perkara yang sama, membuang duit dari atas bangunan kat Malaysia ni, tak mustahil perkara yang sama akan terjadi.  1. Cabaran KLCC 2. Kisah Benar Tahun 2014   3