Breaking News

Friday, January 2, 2015

Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera

Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera

Darah Jenis A Dan AB Diperlukan Segera


Banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sememangnya meninggalkan impak yang besar. Antara keperluan mendesak pada ketika ini selain daripada bantuan yang kita hulurkan untuk mangsa banjir, bekalan darah A dan juga AB juga amat diperlukan. 

Menurut Kementerian Kesihatan, bekalan darah jenis A dan AB pada ketika ini tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit terutama di negeri terjejas banjir. Justeru itu, mereka merayu orang ramai yang mempunyai jenis darah yang sama, tampil untuk menderma darah dengan segera di Unit Bergerak Kempen Menderma Darah berhampiran ataupun Pusat Darah Negara kerana bekalan darah terutama kedua-dua jenis itu kini semakin berkurangan.

Jadi kepada sesiapa diluar sana yang memiliki jenis darah yang sama bolehlah sama-sama membantu. Semoga setiap darah yang didermakan akan menjadi "harta" dikhirat kelak.

20 comments:

  1. Harap-harap mereka yang memiliki jenis darah A & AB akan ramai-ramai sudi menderma.

    ReplyDelete
  2. Waktu-waktu kritikal macam ni la bank darah akan banyak digunakan untuk salur darah ke hospital-hospital yang terlibat dalam bencana.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap, mereka ini bole juga menerima darah jenis O kan Raudzah? so sesiapa yang darah jenis O pun silalah menderma

    ReplyDelete
  4. Kalau darah O pun rasanya boleh menderma sbb darah O ni boleh masuk kat semua darah.. :)

    ReplyDelete
  5. nak menderma la...saya darah jenis A...

    ReplyDelete

Designed By