Breaking News

Wednesday, July 31, 2013

Haram Menyentuh & Memelihara Anjing ?


Kedudukan Anjing Dalam Islam
http://statik.tempo.co/data/2013/01/11/id_160904/160904_620.jpg
Source: Google

Isu kedudukan anjing dalam Islam kembali hangat, akibat dari Video Anjing & Aidilfitri yang dilakonkan oleh Chetz Yusuf.  Walaupun isu ini bukanlah isu yang baru, tapi ada baiknya kita renung kembali beberapa persoalan dan pandangan ulama terkenal mengenai isu ini supaya kita tidak tersasar jauh.

Soalan:

Sejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.

Antara alasan-alasan yang mereka beri:

1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.
5) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.

Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."

Jawapan

Pendapat Pertama: Anjing adalah Najis  keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bekas yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie  anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas. Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan lidah, air liur dan mulut anjing adalah Najis.

Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga. Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).
Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda,"Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis.

Ada juga pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.

Namun, ini tidak bermaksud anjing BOLEH disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda (yang artinya) : “ Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing, juga tidak memasuki rumah yang didalamnya terdapat gambar (patung)” [Hadits sahih ditakhrij oleh Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah yang semuanya dari Abu Thalhah Radhiyallahu 'anhu. Lihat Shahihul-Jami' No. 7262]
Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.



Extract From: Utusan Online & Facebook
Read more ...

100 hadiah 100 hari

Rhb
 100 gadget untuk dimenangi

Berita baik untuk semua peminat-peminat gadgets di Malaysia. Sempena merayakan 100 tahun RHB,  RHB Capital bermurah hari untuk memberikan secara percuma 100 gadget kepada pemenang-pemenang bertuah. Semua best-best!!!

Antaranya Ada:
5 Ipad Mini (16 gb Wi Fi)
5 Blackberry (Z 10 Smartphone)
5 Iphone 5 (16 gb)
5 Samsung Galaxy (Note 8)

Dan Banyak lagi!!!!

Hanya jawab SATU soalan, you all boleh menang iPhone 5 atau Samsung S4. Serius senang!

Read more ...

Pelik Tapi Benar: "Makhluk Asing" Dalam Otak

Chengdu Man Has 15cm Worm Removed from His Brain
Cacing Dalam Otak


"Makhluk Asing" Dalam Otak 
  
Kalau sebelum ni kita selalu terdengar cacing dalam perut manusia, especially kanak-kanak. Tapi kali ni agak pelik kerana "makhluk asing" ni ada dalam otak manusia dewasa.

Itulah yang berlaku pada Wang Ming, 60 tahun yang berasal dari Shuangliu County berhampiran Chengdu, di China. Beliau yang mengalami  sakit kepala yang kronik, sawan dan pengsan selama 6 bulan diberitahu oleh doktor bahawa terdapat seekor  cacing berukuran 25cm panjang di dalam otaknya.

Pembedahan yang dilakukan di Hospital Rakyat Pertama di Shuangliu, mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan cacing dari rongga tengkorak beliau. Selepas ia dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas air, cacing tersebut terus berenang as if tiada apa-apa yang telah berlaku. Hebat cacing ni..

Doktor berpendapat, tabiat pemakanan Wang seperti katak mentah, belut dan makanan laut mungkin salah satu factor yang menggalakkan kehadiran cacing tersebut. Parasit yang hadir dalam makanan mentah tersebut boleh membiak dan membesar dalam sistem badan manusia.

p/s: Berhati-hati semua especially peminat-peminat makanan mentah ya...nanti tak pasal-pasal jadi macam Wang..

Extract From: echinacities.com
Read more ...

Kisah Anjing & AidilFitri

Aidilfitri & Anjing
  Lagi video hina umat Islam 
Rakaman video individu berbaju Melayu menyambut Aidilfitri bersama anjing.
 
Umat Islam kini berdepan dengan cabaran yang besar, apabila semakin hari semakin ramai yang berani menghina Islam secara terang-terangan. Walaupun kes Alvi dan VIvian yang dipenjara belum reda, kini satu rakaman video baru muncul. Ianya memaparkan seorang individu yang menyambut Aidilfitri bersama anjing.

Video yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya. Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk.

Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya. Video berkenaan diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing.

p/s: Sayu tengok Video ni. Kalau Alvi & Vivian beragama lain, tapi rasanya Chetz ni beragama Islam. Mengapa dan kenapa jadi macam ni ya? Semakin di tegur semakin berani. Adakah ini merupakan "jenayah" terancang atau "tindakan" suka-suka individu tertentu yang ingin mencari kontroversi.

Video Sambutan Aidilfitri & Anjing
Read more ...

6 Keistimewaan Solat Subuh

Salam 22 Ramadhan Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

 
 Source: Google

Menunaikan solat lima waktu adalah rukun Islam yang kedua. Di antara lima waktu, solat subuh adalah solat permulaan yang mengungguli hari kita. Sekiranya tidak dijaga, maka tiada bezanya antara kita dan orang munafik.
“Shalat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah shalat isya’ dan shalat subuh”(HR.Ahmad)
http://hargaiwaktu.com/wp-content/uploads/2012/07/solat.bmp
 Source: Google

6 Keistimewaan Solat Subuh

1. Solat subuh adalah pembuka rezeki

Pernah suatu ketika Nabi SAW solat subuh, dan apabila selesai, beliau pun kembali ke rumah dan mendapati puterinya Fathimah ra sedang tidur. Maka beliau pun membalikkan tubuh Fatimah dengan kaki beliau, dan mengatakan kepadanya :
“Hai Fathimah, bangun dan saksikanlah rezeki Rabb-mu karena Allah akan membahagi-bahagikan rezeki kepada hambanya antara shalat subuh dan terbitnya matahari.”

2. Solat subuh menjaga diri seorang muslim
“Barang siapa yang melaksanakan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah, maka jangan sampai Allah menarik kembali jaminan-Nya dengan sebab apa pun. Jika Allah cabut jaminan-Nya darinya dengan sebab apa pun, pasti akan tercabut. Kemudian Allah akan telungkupkan wajahnya dalam neraka jahannam.” (HR.Muslim)

 http://rahsiarezeki.files.wordpress.com/2013/01/subuh.png?w=535
 Source: Google

3. Solat Subuh adalah penyelamat dari api neraka dan penyebab masuk syurga

Nabi SAW bersabda, “Tidak akan masuk neraka, orang yang melaksanakan solat sebelum matahari terbit dan sebelum tenggelamnya.” (HR.Muslim)

4. Solat subuh diiringi Malaikat
“Malaikat-malaikat berkumpul pada waktu solat subuh sebelum naik ke langit. Allah bertanya kepada Malaikat bagaimana mereka tinggalkan hamba-hambaNYA?’ Mereka menjawab,’Kami menginggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami datang kepada mereka ketika mereka solat’” (HR.Bukhari)

5. Solat subuh adalah kunci kemenangan
“Bahwa Rasulullah apabila hendak menyerbu suatu kaum, beliau menundanya hingga tiba waktu subuh.” (HR Bukhari)

6.  Solat Subuh bersamaan solat sepanjang malam

http://3.bp.blogspot.com/-IB8fP4DmLrs/UHl7mye79TI/AAAAAAAAJm0/3x8NTjrpI1M/s400/solat+Isyak+dan+subuh+berjemaah.jpg 
Source: Google

Read more ...

Tuesday, July 30, 2013

True Love : Kisah Larry Swilling (S2)


Larry Swing & Isteri tersayang
 At any cost
 "She's my everything.' 'We've been married 57 years. She's my life."

Kisah Larry swing, 78 tahun seperti juga kisah Ahmad & Fatima membuktikan True Love does exist. Beliau yang sangat-sangat mencintai dan menyayangi isterinya tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan buah pinggang untuk isteri kesayangannya, biarpun setelah setahun berlalu.

Mrs swilling, 76, dilahirkan dengan hanya satu buah pinggang. Sejak tahun lepas buah pinggangnya gagal berfungsi dan perlu digantikan. Larry sangat-sangat berharap untuk menderma buah pinggang kepada isterinya tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana berlainan darah. Begitu juga dengan ketiga-tiga anak mereka.

Setelah puas menanti, Larry akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan "sedikit" pengorbanan untuk isteri tersayang, dengan harapan usahanya tidak sia-sia.  Dengan berbekalkan papan sandwich di badan, beliau kini berjalan merentasi bandar dalam "misi utama" untuk menyelamatkan isterinya.

Loyal husband: Larry Swilling's devotion to his wife led him to walk the streets with a signboard asking for an organ donor
Suami setia: Sehingga kini, Larry swilling telah berjalan sejauh 250 batu untuk mencari penderma organ
In need: Larry has taken his cause across the community in search of a donor match for his wife
Tidak pernah berputus asa
Help
Kerana kasih: Tidak kisah dengan pandangan masyarakat terhadapnya
One mission 
Larry akan terus berjalan sehingga beliau bertemu dengan penderma yang sesuai.

p/s: Good luck Mr Larry

Read more ...

Misteri Objek Putih Rukuk Di Kampung Checok Tengah

  Anggap kewujudan objek rahmat Ramadan
 Objek Misteri Berwarna Putih


Misteri Objek Putih Rukuk Di Kampung Checok Tengah

Kehadiran Objek misteri berwarna Putih di Kampung Checok Tengah, dianggap seribu rahmat oleh Irfan Mat Daud, 47 tahun. Menurut Irfan,  objek tersebut kelihatan pada kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur pada malam Isnin.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.
“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika memandang ke luar rumah, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak. Dia tertarik untuk merakamkan gambar objek berkenaan dan apabila melihat rakamannya, objek tersebut kelihatan seperti orang rukuk dalam solat.

Baginya perkara misteri itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

p/s: Inilah bayangan Lailatulqadar. Bertuahnya beliau di beri kesempatan untuk menyaksikan keajaiban ini..

Read more ...

Tembakan Maut Di Dada & Rusuk Kiri

Pengasas AmBank mati ditembak 
 Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai ditembak di kawasan tempat letak kereta di Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kecil, Hussain Ahmad Najadi.

Kes tembakan yang meragut nyawa semakin menjadi-menjadi. Ianya seperti virus yang menular dalam masyarakat di Malaysia. Sesuatu yang amat mengerikan, kerana nyawa manusia seolah-olah tiada nilai. 

Kes terbaru melibatkan Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, seorang warga Iran yang mati, ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di Kuala Lumpur.

Sebelum kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, mengunjungi tokong berkenaan, dipercayai untuk berbincang dengan seorang rakan niaga bergelar Datuk mengenai pembelian saham.  Beliau ditembak ketika dalam perjalanan ke keretanya sebaik sahaja habis perbincangan, oleh penjenayah yang sudah sersedia menunggu di luar Tokong.

Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

Kalau sebelum ni penjenayah menggunakan Motor atau kereta, tapi kali ni lebih daring kerana mereka hanya menaiki teksi. So pada sapa-sapa yang menaiki teksi tu, be careful ya....

p/s: Malaysia dah menjadi negara milik MAFIA ke?

Extract: Berita Online
Read more ...

Siapa Yang Layak Peroleh Lailatulqadar

Salam 21 Ramadhan Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://1.bp.blogspot.com/-CHrMe8_LhjA/Tk9weQ1OatI/AAAAAAAACW0/YT9C20AXO_0/s400/lailatulqadar2%2B%25281%2529.jpg
 Siapa Yang Layak?

Jika semalam kita Mencari Lailatulqadar, malam penuh istimewa di sepuluh malam terakhir Ramadhan, hari kita berkongsi apa yang kita perlu buat untuk melayakkan kita mendapat keberkatan Lailatulqadar.

Siapa Yang Layak 

Umat Nabi Muhammad yang benar-benar ikhlas beribadat hanya kerana ALLAH, akan memperoleh keampunan dosa daripada Allah, memperoleh rahmat yang besar daripada Allah, memperoleh balasan syurga daripada Allah dan mendapat pujian, kasih sayang, ampunan dan kemuliaan pada malam Lailatulqadar.
(Al-Baqarah: 185) Pada malam Lailatulqadar, malaikat turun membawa rahmat daripada Allah. Pada malam berkenaan Allah memberi penghormatan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada hamba-Nya sampai terbitnya fajar.
Untuk mendapatkan kemuliaan malam istimewa ini, kita sebagai umat Nabi Muhamaad, dianjurkan menghidupkan 10 malam terakhir, dengan beribadat kepada Allah. 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Amalan Pada 10 Malam Terakhir:

Antara amalan yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah: 

1. Memperbanyakkan solat sunat seperti Tahajjud, Hajat, Taubat dan juga Tasbih.

2. Membaca al-Quran.

3. Istighfar:


4.
Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.




5. Bertasbih:





6. Berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW. 



7.
Memperbanyakkan doa, memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.
 Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

6. Solat Berjemaah

 
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka  dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu" (hadis riwayat Abu Dawud). Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.
7. Beriktiqaf Di Masjid

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar. 

Malah, menjelang 10 akhir Ramadhan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. 
Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi).

Jelaslah, tiada malam yang dapat menandingi kelebihan dan kehebatan malam Lailatul Qadar. Untuk itu, marilah kita semua berusaha untuk mendapatkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah. Semoga kita semua dapat bertemu Lailatulqadar. In Shaa ALLAH.


Extract From: Utusan, Berita Harian, Ikim
Read more ...

Monday, July 29, 2013

Rebut 36 Pakej Percutian Dengan Diskaun Menarik

Tawaran Menarik Sempena Merayakan 100 Tahun RHB

Kalau you all sedang mencari-cari sumber untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan segera, rasanya RHB Easy Loan adalah salah satu alternatif terbaik. Its quite easy and interest pun quite similar to the rest of the Bank.Then tu bila dah ada duit bolehlah check mana-mana Pakej Percutian menarik yang dia orang offer. Ada 36 Pakej Percutian dengan Diskaun Menarik. Memang berbaloi!!!!

Star Cruise To Penang
 http://www.lohas-premium.com/webroot/img/packages/image/6.jpg
Star Cruise (RM748 for 2 Persons )
http://www.halongcruise.vn/data/Product/Restaurant%201.jpg
3 Days 2 Nights

Promotion Period: 1 July - 8 October 2013

Nak tau details, Klik Sini k.

Read more ...

Kejam: Letak Anak Dalam Bonet kereta Kerana Bising

 Noisy Crying Kid Put in Trunk of Car; Passerby Reports Kidnapping
echinacities.com

Last few days kita ada share kisah creative sebuah kedai kek di China apabila menggunakan "UFO" Sebagai Penghantar Kek kepada pelanggan-pelanggannya. Kali ni pun ada cerita creative jugak. But this time, over creative tahap kejam.   

Kisah bermula apabila polis di Hefei, China mendapat laporan tentang kes penculikan seorang kanak-kanak perempuan yang disembunyikan di dalam Bonet kereta. Namun setelah disiasat, kes tersebut bukanlah penculikan seperti yang didakwa, tetapi ianya hanyalah satu cara creative seorang bapa untuk menangani masalah anaknya yang terlalu nakal dan bising ketika mereka dalam perjalanan. 

Tu dia...Bising sangat ya..so dok diam-diam dalam bonet ya...Hmmm..Nasib baik tak jadi apa-apa..

Read more ...

Koleksi Iklan Raya Petronas Terbaik

Iklan Raya Petronas

Setiap kali raya, mesti ramai yang ternanti-nanti iklan raya yang pasti menyentuh perasaan kita kan. kalau dulu, iklan Raya Petronas memang sentiasa jadi my favorite coz iklan dia yang memang close to my heart. Touching. But recently, I don't feel the spark coz for me iklan Petronas macam dah kurang perisa sikit, but the message is still there. And the latest iklan Jahit. Iklan ni for me oklah, eventho its a bit off from Hari Raya concept yang sebenar. Ianya mengisahkan pengorbanan seorang Ibu yang sememangnya tiada bandingan, dan tak mungkin kita sebagai seorang anak dapat membalasnya, even dengan limpahan kekayaan.

You all dah tengok belum? Pada yang belum tengok, enjoy k:

Iklan Raya Petronas Raya 2013: Jahit
Dah puas belum? Ok kalau tak puas lagi, you all boleh tengok balik Koleksi-Koleksi Iklan Petronas Terbaik sepanjang zaman Kat Sini. Ada Iklan Raya, Chinese New Year, Deepavali dan juga Sambutan Hari Merdeka. Memang Best!!!

Iklan Raya Petronas 2010 - (Kisah terlanjur Maznah dan Fendi)

Klik Sini Untuk Tonton

Petronas Chinese New year 2008 Ad, Reunion Dinner
 
 Klik Sini Untuk Tonton

Raju vs Raaju (Deepavali 2006)

 Klik Sini Untuk Tonton

Jegang (Merdeka 2006)
 

Read more ...

Sunday, July 28, 2013

Jangan Tiru Macam Saya

 http://funnypicturesgallery.net/wp-content/uploads/2012/09/funny-pictures-cats.jpg
 Lambatnya lagi berbuka!!!

Two years back, I've got a number of cats yang selalu datang rumah we all and lepak next to my car. Semua comel-comel. Unfortunately I haven't got a proper place untuk kucing-kucing tu makan and buat dia orang punya "aktiviti" sampingan.  So all activities are done at our porch. One day I was very upset coz semua kucing tu hilang and I was informed that a group of DBKL people came over and took all the cats. Since then, dah tak da lagi kucing yang datang and lepak-lepak kat our place. Agaknya dia orang forbia kot. 

Nway two days ago, I've met with a new group of cats. So cute and I am thinking of bringing that cute cats back to my place. Cuma my worry is where to keep them, coz I haven't got a proper place....Hmm.
 
So while waiting for my next entry on my new cats, do enjoy this funny cat sleeping position. Macam-macam gaya ada!!! So cute...

Macam-macam gaya...
1. I am a yoga practitioner
 
2. Ready for sunbathing
 
3. Please don't be jealous k
 
4. Are we look alike?
 
5. Ngam-ngam
 
6. Warm & cozy
 
6. I am still alive ya!!
 
7. I am the champion!!!
 
8. Too sleepy
 
9. Please don't disturb me
 
10. Nasib baik ada comfort kiri kanan
Read more ...
Designed By