Breaking News

Tuesday, July 30, 2013

Siapa Yang Layak Peroleh Lailatulqadar

Salam 21 Ramadhan Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://1.bp.blogspot.com/-CHrMe8_LhjA/Tk9weQ1OatI/AAAAAAAACW0/YT9C20AXO_0/s400/lailatulqadar2%2B%25281%2529.jpg
 Siapa Yang Layak?

Jika semalam kita Mencari Lailatulqadar, malam penuh istimewa di sepuluh malam terakhir Ramadhan, hari kita berkongsi apa yang kita perlu buat untuk melayakkan kita mendapat keberkatan Lailatulqadar.

Siapa Yang Layak 

Umat Nabi Muhammad yang benar-benar ikhlas beribadat hanya kerana ALLAH, akan memperoleh keampunan dosa daripada Allah, memperoleh rahmat yang besar daripada Allah, memperoleh balasan syurga daripada Allah dan mendapat pujian, kasih sayang, ampunan dan kemuliaan pada malam Lailatulqadar.
(Al-Baqarah: 185) Pada malam Lailatulqadar, malaikat turun membawa rahmat daripada Allah. Pada malam berkenaan Allah memberi penghormatan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada hamba-Nya sampai terbitnya fajar.
Untuk mendapatkan kemuliaan malam istimewa ini, kita sebagai umat Nabi Muhamaad, dianjurkan menghidupkan 10 malam terakhir, dengan beribadat kepada Allah. 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Amalan Pada 10 Malam Terakhir:

Antara amalan yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah: 

1. Memperbanyakkan solat sunat seperti Tahajjud, Hajat, Taubat dan juga Tasbih.

2. Membaca al-Quran.

3. Istighfar:


4.
Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.




5. Bertasbih:





6. Berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW. 



7.
Memperbanyakkan doa, memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.
 Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

6. Solat Berjemaah

 
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka  dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu" (hadis riwayat Abu Dawud). Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.
7. Beriktiqaf Di Masjid

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar. 

Malah, menjelang 10 akhir Ramadhan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. 
Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi).

Jelaslah, tiada malam yang dapat menandingi kelebihan dan kehebatan malam Lailatul Qadar. Untuk itu, marilah kita semua berusaha untuk mendapatkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah. Semoga kita semua dapat bertemu Lailatulqadar. In Shaa ALLAH.


Extract From: Utusan, Berita Harian, Ikim

8 comments:

  1. sama-sama kita berusaha mengejar lailatulqadar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa ALLAH Boni..semoga dipermudahkan...

      Delete
  2. Replies
    1. Tq KA...coz sudi baca..semoga kita sama-sama dapat manafaatnya..

      Delete
  3. Semoga dgn amalan yg ikhlas penuh kesabaran, dapat kita peroleh berkat & kebaikan Lailatul Qadar ini, in Saa Allah.. amin.

    ReplyDelete
  4. Peluang mendapat pahala berlipat ganda terbuka luas... semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan utk merebutnya

    ReplyDelete
  5. tq share Raud..
    mudah-mudahan kita dapat bertemu Lailatulqadar

    ReplyDelete
  6. Tulah moga diberikan kekuatan untuk menghidupkan malam yg terakhir ni...TQ share ni Raudzah

    ReplyDelete

Designed By