Breaking News

Friday, October 31, 2014

Terima Kasih Nuffnang

Terima kasih Nuffnang

Alhamdulillah, bulan Oktober adalah bulan paling meriah bagi kebanyakan bloggers yang mendaftar dengan Nuffnang. Masing-masing dihadiahkan dengan pelbagai iklan dari pelbagai penaja. Blog Santai turut menerima tempias. Sehingga 31st October sebanyak 40 iklan telah bersama-sama memeriahkan Blog Santai. Thank you so much Nuffnang dan juga penaja-penaja yang sudi memilih Blog Santai untuk mempromosikan produk masing-masing. Daripada 40 penaja, 12 telah dicreditkan manakala 28 lagi masih berstatus ONGOING. Syukur Alhamdulillah. 

Lan Berambeh

Yang terbaru singgah di Blog Santai adalah dari DIGI, Lan Berambeh dan juga Mcdonalds. And of course million thanks to you guys juga yang sudi bertandang ke sini. Moga-moga kita semua di kurniakan rezeki yang melimpah ruah...

Read more ...

Minum Susu Sebabkan Kematian Awal?


Kajian terbaru: Minum susu sebabkan kematian awal?
Minum Susu Sebabkan Kematian Awal?   

Minum Susu Sebabkan Kematian Awal?


Minum susu boleh sebabkan kematian awal? Biar betul. Yang selalu kita dengar, minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badankan. Hmm..Sebenarnya inilah rumusan terbaru yang dibuat oleh TMJ berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas warga Sweeden.

Dalam kajiannnya, TMJ merumuskan bahawa warga Sweden yang minum susu lembu dalam amaun yang tinggi, didapati mati lebih muda. Selain itu, wanita pula didapati mengalami keretakan tulang.


Wanita yang meminum tiga atau lebih gelas susu sehari mempunyai risiko kematian 90 peratus lebih tinggi, risiko keretakan tulang pinggul 60 peratus lebih tinggi dan risiko keretakan tulang-tulang lain sebanyak 15 peratus lebih tinggi. Untuk lelaki pula, jumlah kematian pula ialah seramai 207 daripada 1,000 individu untuk yang meminum tiga gelas susu sehari, 189 daripada 1,000 untuk yang meminum secara sederhana, dan 182 daripada 1,000 untuk yang meminum dalam kuantiti yang sedikit.

Antara sebabnya ialah susu mempunyai kandungan galaktos-D yang tinggi, iaitu sejenis gula yang didapati mempercepatkan penuaan dan memendekkan jangkahayat. 

Kita tak tau sejauhmana kebenaran kajian diatas namun kita terbaca satu komen dari seorang pembaca mengenai isu ni:

Dah lama dah percaya dgn isu ni coz selepas mengalami kemalangan teruk semua nasihat saya supaya minum susu. Saya jawab susu tak elok tapi semua tak percaya. Coz ramai yg minum susu mengalami laktosa intolerance so ini akan mengakibatkan kita diarea. Di situ kita bole ambil iktibar dimana proses penyerapan kalsium berlaku. Makin lemah badan kita adalah. So saya bukan makin baik. Makin lemah. Then saya bertukar kepada tablet calcium. Selepas tu baru saya makin sihat. Tapi masa tu fakta saya tiada supportive. So just keep quite je la.
Read more ...

Thursday, October 30, 2014

Jika Kita Menyukai Seseorang

 http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-xaf1/t1.0-0/s240x240/302782_448876011835641_2092442476_n.jpg
 Jika Kita Menyukai Seseorang


Jika kita MENYUKAI seseorang,
Jangan sampai tak nampak lagi keburukannya, DAN
Jika kita MARAH seseorang,
Jangan sampai tak nampak lagi kebaikannya..

Read more ...

Segmen Awesome Blogger Bloglist


Segmen Awesome Blogger Bloglist bakal berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Tujuannya untuk mengumpul para blogger untuk disenaraikan dalam bloglist blog ini sambil berblogwalking ke blog para blogger. Semua yang join akan disenaraikan dalam bloglist 'AWESOME BLOGGER'.

Syarat-syarat

  • Follow blog Invisible Note
  • Like facebook Invisible Note
  • Buat entri bertajuk Segmen Awesome Blogger Bloglist
  • Copy coding dalam entri INI dan publishkan
  • Copy URL entry dan pastekan di ruangan komen entry INI
  • Siap

Tambahan (optional)
  • IM baru buat instagram, kepada yang sudi boleh follow instagram invisiblenote

Semua blogger akan disenaraikan dalam bloglist dari bulan November hingga Disember 2014. Senarai peserta segmen juga akan disenaraikan dalam entry selepas tamat tarikh segmen. 

Read more ...

Awas: 1 Daripada 100 Rakyat Malaysia Hidap Skizofrenia

1 Daripada 100 Rakyat Malaysia Hidap Sizofrenia

1 Daripada 100 Hidap Skizofrenia


Minggu lepas kita ada baca satu kenyataan dari Kementerian Kesihatan bahawa 1 daripada 100 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia. Hmm..biar betul. Memang sangat kronik statistik ni. Meyeramkan...

Apa Itu Skizofrenia


Skizofrenia adalah merujuk satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan.


Kesan Penyakit Skizofrenia



Pada tahap kritikal pesakit yang mengalami skizofrenia boleh membahayakan nyawa mereka atau sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya. Sebab tu kita dapati ada kes-kes yang melibatkan pembunuhan seperti yang berlaku di Shah Alam suatu waktu dahulu, dimana seorang bapa telah menyembelih tiga orang anaknya hidup-hidup. 


Kegagalan Mendapat Rawatan Menyebabkan Ini Berlaku

Stigma Penyakit Skizofrenia


Secara jujurnya statistik di atas amat membimbangkan memandangkan ramai pesakit dan masyarakat kita yang tidak memandang serius tentang penyakit ni. Bermula dengan kemurungan biasa akibat tekanan, ianya berakhir dengan skizoffrenia. Dalam keadaan tertentu, mungkin ada yang tak perasan ada diantara kita atau ahli keluarga yang mengidap skizoffrenia.  Luarannya nampak ok, tapi dalamannya kritikal. Jadi mereka seolah-olah terbiar dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Ada juga keadaan dimana mereka yang mengalami skizoffrenia dipinggirkan. Stigma ini tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit skizoffrenia memerlukan sokongan daripada masyarakat dan keluarga. Jika dibiarkan tanpa sokongan keadaan akan menjadi lebih teruk dan boleh membahayakan nyawa mereka serta orang-orang disekeliling.

Jadi kita lebih perihatin kepada diri kita dan juga mereka-mereka yang berada disekeliling kita. Jangan biarkan jiwa kita kosong kerana syaitan sangat menyukai keadaan ni. Jika kita tak berjaya mengawal diri, pastinya syaitan akan menguasai diri kita.  Akhirnya perkara buruk akan berlaku.

Read more ...

Wednesday, October 29, 2014

Rezeki Kita, Pahala Orang

Rezeki Kita, Pahala Orang

Kita selalu dengar orang kata, jangan terlalu obses dengan apa yang ada dalam tangan kita kerana ia mungkin bukan rezeki kita. Dan adakalanya kita jangan cepat berputus asa kerana tak dapat apa yang kita inginkan coz rezeki kita mungkin ada ditangan orang lain. Semuanya telah ditentukan Allah. Situasi yang biasa kita alami adalah bila kita makan kat satu kedai, tiba-tiba ada orang tolong bayarkan atau belanja. So rezeki kan. Dan rezeki atau makanan tu kita yang punya, tapi pahalanya milik orang lain, i,e mereka yang membayar. Rezeki hanya akan jadi milik kita bila rezeki dalam bentuk makanan jadi najis. Namun pahala yang di miliki oleh si pembayar kekal hingga akhirat. 

Jadi jangan takut untuk berkongsi rezeki, kerana ganjaran pahalanya besar. Dan yang pasti makin dikongsi rezeki yang kita ada, makin ramai yang ingin berkongsi rezeki dengan kita.

Read more ...

Pageview Blog Santai

Pageview Blog Santai

Pageview Blog Santai


Semalam masa kita view Blog Santai punya pageview untuk minggu ni, agak terkejut sikit coz tak sangka Blog Santai punya pageview untuk minggu ni kebanyakannya datang dari US. Sebenarnya dah lama tak tengok statistik ni. Dan memang tak sangka taburan pengunjung tu agak jauh berbeza. Kalau dulu pengunjung dari Malaysia yang menjuarai carta dengan jarak yang besar, kali ni dah berubah. Bila tengok monthly punya statistik pun pengunjung dari US menjuarai carta. Thank you so much everyone.

Dan kepada pengunjung-pengunjung dari negara lain seperti France, Indonesia, Canada, Germany, spain, India, Rusia dan juga China, welcome on Board. Dan pastinya kita tak lupa kepada pengunjung dari Malaysia yang sudi singgah kat Blog Santai. Thank you so much guys...I am really appreciate that...Keep supporting Blog Santai k...


Read more ...

Kisah Bumi Bergelap Selama 3 Hari

Bumi Akan Bergelap 3 Hari?
Bumi Akan Bergelap 3 Hari?

Bumi Akan Bergelap 3 Hari?


Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, betul ke Bumi Akan Bergelap selama 3 Hari pada 21 hingga 23 Disember tahun ni? Yalah berita ni dah jadi viral pun kan since ada yang kaitkan isu ni dengan kejadian kiamat. Mengikut message yang disebarkan, Presiden Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA), Charles Bolden, melalui laman webnya di http://science.nasa.gov telah mengesahkan perkara tersebut. As usual lah. Kalau dah NASA yang kata mesti ramai yang percayakan. Malangnya, kalau you all log in to NASA punya website, tak ada pun sebarang berita berkenaan isu ni. Hmmm..camne tu?

Bumi Akan Bergelap 3 Hari?
Bumi Akan Bergelap 3 Hari?

Namun kalau you all perasan, berita ni juga pernah tersebar pada tahun 2012 yang mana pada ketika itu kecoh mengatakan kiamat akan berlaku pada bulan Disember 2012Macam-macam persediaan telah dilakukan oleh penduduk dunia pada ketika itu. Antaranya menyediakan bahtera untuk menyelamatkan diri. Dan ini adalah sebahagian dari petikan berita tahun 2012:

NASA America predicts total blackout on Earth from 22-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
If possible, please avoid travelling during the third week of December 2012 as all modes of communication may fail.
US scientists predict total darkness on planet earth for 3 days from Dec 22 2012. It is NOT the end of the world, it is just an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. All planets are expected to align in a straight line as a result of which there could be some natural calamities on Earth. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see an entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 22, 23, 24, 2012.... So do good be good live for the present enjoy life.

Kesimpulannya berita ni is not a surprise lah kan coz akan dikitar semula setiap dua tahun sekali. Apa-apa pun kalau you all nak tau sedikit penjelasan ilmiah mengenai isu ni dan apa kaitannya dengan kisah bumi akan bergelap selama 3 hari ni you all boleh baca kat sini k: Bumi Bergelap 3 HariYang pasti sebagai seorang islam kita wajib percaya bahawa kiamat itu pasti. masa dan ketika kejadiannya hanya Allah yang tau. Kita sebagai manusia ciptaanNya hanya perlu bersedia. 


Read more ...

Tuesday, October 28, 2014

Renungan Pagi: 1 Dalam 86,000 Saat

Renungan Pagi: Syukur
1 Dalam 86,000 Saat

Renungan pagi untuk peringatan bersama.

Allah SWT bagi kita 86,000 saat sehari semalam. Adakah kita menghargainya dengan mengucap syukur kepada Allah?

5. Hadiah Misteri Untuk Semua
6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia
Read more ...

Hadiah Istimewa Bulan October

Hadiah Istimewa Bulan October
Hadiah Istimewa Bulan October 
Untuk semua pembaca Blog Santai, you all nak hadiah tak? Kalau nak, kita ada berita gembira untuk you all semua. 8Share ada menawarkan hadiah istimewa untuk pemenang-pemenang bertuah bagi bulan Oktober. Cara nak menang senang aje. Sila follow steps kat bawah ni ya: 
1. Snap gambar mengenai apa yang you all nak buat dengan duit yang you all menang
 2. Post gambar kat Instagram atau Twitter dengan caption yang menarik
3. Tag #OctoTreats dalam caption tu dan kongsikan post tersebut. 
4.  Masuk kat Instagram page, dan buat post dengan hastag #OctoTreats. Pastikan copy the link k.
 
5. Masuk kat Twitter page, buat posting dengan hashtag #OctoTreats. pastikan copy the link k. 
6. Isikan details & permalink dalam form ni.

Kalau you all belum ada lagi akaun 8Share, boleh daftar di SINI ya. Tak rugi tau coz 8share selalu ada contest macam ni dan claim untuk cash out pun cepat aje dapat. Alhamdulillah kita dah banyak kali cash out...
Inilah Hadiah Mingguan Yang Menanti Semua.

Contest ni bermula dari 10 October hingga 30 October. So tinggal dua hari lagi tau. Jom cepat k...
Read more ...

Biawak Panggang Cetus Kontroversi

Biawak Panggang Cetus Kontroversi
Biawak Panggang

Biawak Panggang Cetus Kontroversi


Biawak Panggang Cetus Kontroversi. Inilah satu lagi berita panas yang kini tersebar luas di media sosial. Yalah setelah program menyentuh anjing semakin reda, ada pula program baru yang timbul. Program yang menyajikan biawak panggang sebagai "hidangan" itu telah mendapat perhatian ramai termasuk pengunjung yang beragama Islam. Nak test katanya...Hmmm..


Seorang pengunjung beragama Islam yang ditemui di program tersebut mendakwa ada menjamah daging berkenaan bersama beberapa rakannya selepas melihat ia dihidangkan di atas pinggan yang terletak dalam satu ruang pameran di karnival itu. Daging itu diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu daging biawak dan apabila melihat rakan lain menjamahnya, saya turut memberanikan diri mencuba dan mendapati ia sedikit keras dan liat.

Kita tak pasti apa tujuan utama program ini diadakan, namun bila baca tajuk berita ni "Sekadar Untuk Hidup" kita boleh agak mungkin program ni bertujuan mendedahkan makanan-makanan yang boleh dimakan di waktu darurat. Tapi itu kalau darurat. Kalau dalam keadaan biasa boleh makan ke? Nasib baik tak diletaknya daging anjing, tikus, babi atau apa ajelah sebagai Simulasi. Darurat lah katakan...Hmm...Macam-macam dia orang ni ya...

Read more ...

Monday, October 27, 2014

Hutang Dengan Allah

Hutang Dengan Allah

Hutang Dengan Allah


Dalam kehidupan kita seharian, kita memang banyak berhutang. Hutang wajib di tunaikan. Apatah lagi hutang dengan Allah. Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhumaa : Datang seseorang pada Nabi saw dan berkata: Wahai Rasulullah (saw), Sungguh ibuku wafat dan ia mempunyai hutang puasa satu bulan, apakah aku membayarnya untuknya?, sabda Rasulullah saw : “Betul, dan Hutang pada Allah (swt) lebih berhak untuk ditunaikan” (Shahih Bukhari)

Solat adalah salah satu hutang yang kita perlu bayar jika kita meninggalkannya. Dalam kata jika kita pernah meninggalkan solat, kita wajib untuk mengqadakan semua solat yang pernah kita tinggalkan, sehinggalah kita merasakan solat yang diqadakan itu sudah melebihi bilangan solat yang kita pernah tinggalkan. 


Siapa Perlu Mengqadakan Solat


Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: "Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar". Orang yang pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali bia ia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat.
Adapun orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut mazhab Jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah berkata: "Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh syarak mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus memperbanyak solat sunat".

Waktu Mengqadakan Solat


Kemudian menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia harus mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila yang sengaja ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Namun kalau lebih dari lima waktu, maka dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.

Oleh itu sebagai manusia kita perlu sentiasa membuat kira-kira berapa banyakkah bilangan hutang kita dengan Allah, i.e solat yang pernah kita tinggalkan setelah usia baligh. Sekurang-kurangnya kita berusaha membayar hutang kita kepada Allah. Disamping itu perbanyakkanlah solat sunat untuk memastikan kelompongan solat kita diisi dengan sempurna. Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Read more ...

Amaran Puting Beliung Di Lembah Kelang

Amaran Puting Beliung Di Lembah Kelang

Ada sesiapa yang terima message berkenaan Fenomena puting beliung yang dijangka melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Oktober melalui whazz up atau FB? Pasti ada kan. Kita pun tak pasti dari mana sumber berita ni diperolehi kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sudah menafikan ada mengeluarkan kenyataan ini. Menurut mereka kenyataan ini adalah palsu dan meminta mereka yang bertanggungjawab menyebarnya untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Hmmm...janganlah sebarkan berita yang tak sahih ya..Mana tau kadang-kadang apa yang kita ungkapkan adalah satu doa...Walau apapun hati-hati semua coz setiap petang memang hujan lebat sekarang. Angin pun boleh tahan lajunya. Moga kita semua dijauhi daripada segala musibah. Aminn...

Read more ...

Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light

Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light
Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light

Rasanya ramai yang tau bahawa perlaksanaan peraturan baru mengenai penggunaan cermin gelap akan dikuatkuasa mulai 1 Mei 2015. Berdasarkan peraturan baru, VLT bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Disamping peraturan baru di atas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan melaksanakan Operasi Khas memantau tiga perkara berikut mulai 1 Nov:
1. Penggunaan ‘Strobe Light’, 
2. Penggunaan lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon 
3. Saiz nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi


Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light
Peraturan Baru Cermin Gelap (Klik Image Untuk Besarkan)
Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light
Larangan Penggunaan Strobe Light (Klik Image Untuk Besarkan)
Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light
Peraturan Baru No Pendaftaran Kereta (Klik Image Untuk Besarkan)
Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light
Peraturan Baru No Pendaftaran Motor (Klik Image Untuk Besarkan)

p/s: Kepada sesiapa yang dah ter" makeover" bolehlah betulkan sekarang ya...

Read more ...

Sunday, October 26, 2014

Amalan Puasa Sunat 10 Muharam

Amalan Puasa 10 Muharam
Amalan Puasa 10 Muharam

Salam 3 Muharam buat semua pembaca Blog Santai. Bulan Muharam adalah diantara bulan yang istimewa didalam Islam kerana keberkatan yang ada didalamnya. Banyak amalan sunat yang kita boleh lakukan untuk memuliakan bulan ini. Salah satu amalan sunat yang disebutkan secara khusus pada bulan Muharram adalah Puasa Sunat Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram. Puasa Asyura’ merupakan kewajiban puasa pertama dalam islam, sebelum Ramadhan. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadhan, puasa Asyura’ menjadi puasa sunat. 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Selain daripada puasa hari Asyura (10 Muharam) kita juga sangat dituntut untuk berpuasa pada 9 Muharram, seperti yang telah disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.

Niat Puasa Sunat Muharam

.
Niat puasa Sunat 9 Muharam:
 ..
Niat Puasa Sunat 10 Muharram:

Kelebihan Puasa Sunat Di Bulan Muharram 


Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’(10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani) 

1. Kisah Ice Cream
Source 
Read more ...
Designed By