Minum Susu Sebabkan Kematian Awal?


Kajian terbaru: Minum susu sebabkan kematian awal?
Minum Susu Sebabkan Kematian Awal?   

Minum Susu Sebabkan Kematian Awal?


Minum susu boleh sebabkan kematian awal? Biar betul. Yang selalu kita dengar, minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badankan. Hmm..Sebenarnya inilah rumusan terbaru yang dibuat oleh TMJ berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas warga Sweeden.

Dalam kajiannnya, TMJ merumuskan bahawa warga Sweden yang minum susu lembu dalam amaun yang tinggi, didapati mati lebih muda. Selain itu, wanita pula didapati mengalami keretakan tulang.


Wanita yang meminum tiga atau lebih gelas susu sehari mempunyai risiko kematian 90 peratus lebih tinggi, risiko keretakan tulang pinggul 60 peratus lebih tinggi dan risiko keretakan tulang-tulang lain sebanyak 15 peratus lebih tinggi. Untuk lelaki pula, jumlah kematian pula ialah seramai 207 daripada 1,000 individu untuk yang meminum tiga gelas susu sehari, 189 daripada 1,000 untuk yang meminum secara sederhana, dan 182 daripada 1,000 untuk yang meminum dalam kuantiti yang sedikit.

Antara sebabnya ialah susu mempunyai kandungan galaktos-D yang tinggi, iaitu sejenis gula yang didapati mempercepatkan penuaan dan memendekkan jangkahayat. 

Kita tak tau sejauhmana kebenaran kajian diatas namun kita terbaca satu komen dari seorang pembaca mengenai isu ni:

Dah lama dah percaya dgn isu ni coz selepas mengalami kemalangan teruk semua nasihat saya supaya minum susu. Saya jawab susu tak elok tapi semua tak percaya. Coz ramai yg minum susu mengalami laktosa intolerance so ini akan mengakibatkan kita diarea. Di situ kita bole ambil iktibar dimana proses penyerapan kalsium berlaku. Makin lemah badan kita adalah. So saya bukan makin baik. Makin lemah. Then saya bertukar kepada tablet calcium. Selepas tu baru saya makin sihat. Tapi masa tu fakta saya tiada supportive. So just keep quite je la.

Comments

  1. Selama ni..semua orang kata..minum susu baik untuk kesihatan..mungkin kalau nak minum pun..dgn kadar sederhana..
    Tapi saya ni..memang jenis yg x suka minum susu

    ReplyDelete
  2. minum boleh tp jgn slalu .
    byk sgt susu mmg xelok

    ReplyDelete
  3. minum susu kambing bolehkan heee...ada macam kisah ya

    ReplyDelete
  4. bagi saya..moderation is the key.baik macamana pun makanan tu kalau ambil berlebihan akan mendatangkan mudarat.kajian pasal susu ni kena lebih lagi, lagipun tak semua orang lactose intolerant.
    mungkin kita patut minum susu kambing, macam orang-orang di zaman Nabi?

    ReplyDelete
  5. macam mana ye? sebab masa mengandung anak pertama saya kurang minum susu, baby tak besar2 (lahir 2.35kg je). kita pakat-pakat ambil ostematrix shaklee laa untuk kalsium! tiada laktosa, tiada kolestrol, diperkaya dengan magnesium dan vit D utk penyerapan. (tp celup oreo dengan susu tu sedaappp laa, kiki..)

    ReplyDelete
  6. Kakak merupakan peminum susu tegar. Setiap hari kakak minum susu. Pagi kakak minum dgn milo dan oat. Malam nak tidur susu plain aje tau. Kakak dah dari duuuuluuuuu lagi minum sebab kakak ada masalah gastrik - sebelum sakit kena minum susu sebab kalau dah sakit kena elak kalau tak jadi cirit-birit.. Hmmm.... nampak gaya kakak punya risiko 90% usia lebih cepat ke alam barzakh...

    ReplyDelete
  7. Okje mmg kurang suka minum susu dulullah ....la ni nak kata suka sangat tu taklah tp bolehlah minum hehe.....
    Takutlah dengar fakta tu....sebab anak yg kecik tu mmg suka minum susu

    ReplyDelete
  8. Bagaimana dengan susu kambing?

    ReplyDelete
  9. kita kena ambil tau kajian yang dijalankan menggunakan susu jenis apa.. sebab ada macam2 susu sekarang ni.. susu segar, susu UHT, susu full cream.. kalau tiap-tiap hari minum susu yang dibancuh dengan susu pekat manis mungkin lah bahaya.. sebab kandungan gula memang sangat tinggi...

    jadi... kita kena lah ambil tahu dan belajar untuk lihat fakta nutrisi yang ada pada bungkusan makanan.... :)

    ReplyDelete
  10. Better ambil tablet calcium carbonate lah kalau camtu jadinya.

    ReplyDelete
  11. Mungkin minum melebihi sepatutnya mungkin mengundang masalah kesihatan. Sebab itu islam seluruh bersederhana didalam semua perkara.

    ReplyDelete
  12. erm tak tau nak komen apa tp nina kena minum segelas sehari. kalau tak rasa pelik je kt tulang

    ReplyDelete
  13. Sunnah Rasulullah SAW adalah minum susu kambing... (yang original) bukan yang proses jadi susu tepung... sebab susu kambing banyak khasiat :)

    Sha memang tak boleh minum susu sebab tulang sha mereput.. (akibat dialisis)... minumlah susu kambing ! heee~

    ReplyDelete
  14. Oh mcm tu pulak dah... wallahualam..
    mcd sini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat