Breaking News

Thursday, October 30, 2014

Awas: 1 Daripada 100 Rakyat Malaysia Hidap Skizofrenia

1 Daripada 100 Rakyat Malaysia Hidap Sizofrenia

1 Daripada 100 Hidap Skizofrenia


Minggu lepas kita ada baca satu kenyataan dari Kementerian Kesihatan bahawa 1 daripada 100 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia. Hmm..biar betul. Memang sangat kronik statistik ni. Meyeramkan...

Apa Itu Skizofrenia


Skizofrenia adalah merujuk satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan.


Kesan Penyakit Skizofrenia



Pada tahap kritikal pesakit yang mengalami skizofrenia boleh membahayakan nyawa mereka atau sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya. Sebab tu kita dapati ada kes-kes yang melibatkan pembunuhan seperti yang berlaku di Shah Alam suatu waktu dahulu, dimana seorang bapa telah menyembelih tiga orang anaknya hidup-hidup. 


Kegagalan Mendapat Rawatan Menyebabkan Ini Berlaku

Stigma Penyakit Skizofrenia


Secara jujurnya statistik di atas amat membimbangkan memandangkan ramai pesakit dan masyarakat kita yang tidak memandang serius tentang penyakit ni. Bermula dengan kemurungan biasa akibat tekanan, ianya berakhir dengan skizoffrenia. Dalam keadaan tertentu, mungkin ada yang tak perasan ada diantara kita atau ahli keluarga yang mengidap skizoffrenia.  Luarannya nampak ok, tapi dalamannya kritikal. Jadi mereka seolah-olah terbiar dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Ada juga keadaan dimana mereka yang mengalami skizoffrenia dipinggirkan. Stigma ini tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit skizoffrenia memerlukan sokongan daripada masyarakat dan keluarga. Jika dibiarkan tanpa sokongan keadaan akan menjadi lebih teruk dan boleh membahayakan nyawa mereka serta orang-orang disekeliling.

Jadi kita lebih perihatin kepada diri kita dan juga mereka-mereka yang berada disekeliling kita. Jangan biarkan jiwa kita kosong kerana syaitan sangat menyukai keadaan ni. Jika kita tak berjaya mengawal diri, pastinya syaitan akan menguasai diri kita.  Akhirnya perkara buruk akan berlaku.

18 comments:

  1. malam tadi baru tengok satu cerita yang berkaitan dengan penyakit ni...

    ReplyDelete
  2. kalau ia mudah kesan bagus.kalau sebalinya susah juga tu..

    ReplyDelete
  3. sebaiknya mencegah dari menyembuh. semoga terhindar daripada sakit ini

    ReplyDelete
  4. bahaya juga yer sis? maaf kurang bw..internet problem la sis..

    ReplyDelete
  5. Seramnya. Baru jak tengok Its Okay Its Love. Jalan cerita mengenai orang macam nie.

    Hye, Esgesee menawarkan harga yang berpatutan terutamanya kepada pembeli borong, peniaga pakaian mahupun agent dropship

    http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/esgesee-korean-fashion-online.html

    ReplyDelete
  6. uisshhh... scary laa... minta dijauhkan laa...

    ReplyDelete
  7. tabung mc Donalds kat sini... :)

    ReplyDelete
  8. semoga ahli keluarga dan org di sekeliling kita dijauhkan darinya ... 2x rhb .

    ReplyDelete
  9. Oooo... rasanya betul lah...ataupon mungkin lebih... 3/100 ke sebab cam ramai je yang saya jumpa ada masalah macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really...serius kalau 3/100...wow..macammana nak bantu ya?

      Delete
  10. Seram weyh kalau berdepan dengan org macam ni....Kalau tak biasa dgn orang tu cam ne nak tau dia ada sakit tu..... takut jugak tu

    ReplyDelete
  11. Betul ye ratio tu?
    Kitorang x dapat figure ni pun.
    Tapi, memang x dinafikan ramai sangat yang hidap schizo sekarang.

    ReplyDelete
  12. Peringatan buat kita semua.. t kasih atas perkongsian ini Raudzah.

    ReplyDelete
  13. Saya tengah spm tapi saya masih macam ni, saya sentiasa brkhayal yang tak jelas. kdang2 sy baca bku pn bleh jd brkhayal. dlu xlah truk sgat macm skrg ne, kt umh dlu sy memg periang tp sejak saya menyendiri kat sekolh rasa macam ad orang ikut saya nk cederakan sy. sy jd tkot dan skrg kt umh pn sy xdpt kwl dh. tp sy pn xtau antara skizofenia dan bipolar tp sy memg ad masalah dgn otak saya, rasa macam otak saya xmemancar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius dik..camana akak nak tolong ya..kalau dari explanation ni, rasanya simptom tu ada disitu..boleh tak adik discuss dengan family dan please jangan menyendiri..nanti lebih tenat...find someone to talk too ok...Dan jangan tinggalkan solat k. Banyakkan berdoa...if you really need help just leave your message kat my contact k..Nway wish you luck for your SPM..

      Delete

Designed By