Mencari LailatulQadar Di Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan (S1)
Salam 23 Ramadhan Untuk Semua Pembaca Blog Santai,
Mencari LailatulQadar
Mencari LailatulQadar
Sedar tak sedar kita telah melangkah ke 23 hari terakhir Ramadhan. Bermakna hanya tinggal kurang seminggu untuk kita semua mengejar gandaan pahala yang telah ALLAH janjikan kepada mereka yang benar-benar ikhlas beribadah sepanjang Ramadhan. Cepatnya Masa berlalu kan.Yang pasti 10 malam terakhir adalah masa yang sentiasa dinantikan setiap kali datang Ramadhan kerana kehadiran malam LailatulQadar. Setiap manusia yang beriman pastinya berusaha mencari LailatulQadar kerana keistimewaan yang terdapat pada malam tersebut.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.
Allah SWT bagaimanapun, sengaja menyembunyikan tarikh sebenar kehadiran malam Istimewa ini dengan harapan kita sebagai manusia akan menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada sepanjang hidup kita untuk beribadah kepada NYA, dan tidak akan menghadkan diri hanya untuk beribadat secara terhad pada malam itu sahaja.
Tafsir Ulama Mengenai LailatulQadar
Untuk meraih pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan, kita semua haruslah melipatgandakan ibadah-ibadah sunat bagi mencari dan merebut malam lailatul qadar. Walaupun tarikh sebenar kehadiran malam istimewa ini dirahsiakan, namun kesemua ulama bersetuju bahawa Lailatulqadar hanya berlaku pada bulan Ramadhan, terutamanya pada sepuluh malam terakhir. Selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W.
Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (hadis riwayat Muslim).
Dalam sabdanya, Baginda Rasulullah SAW juga ada menyebut yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir (hadis riwayat Muslim).
Ada juga ulama berpendapat bahawa setiap tahun Lailatulqadar berlaku pada tarikh yang sama, iaitu pada tanggal 27 Ramadan.
Pendapat tersebut bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud: Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatulqadar itu pada malam 27.
Kita juga boleh mengambilkira pendapat Para U'bbad yang menyatakan bahawa jika awal puasa bermula pada hari Ahad atau Rabu maka, malam Lailatulqadar ialah pada malam 29 Ramadhan. Jika awal puasa pada hari Jumaat atau Selasa, maka malam Lailatulqadar ialah pada malam 27 Ramadhan. Sekiranya awal puasa pada hari Khamis, malam Lailatulqadar pada malam 25 Ramadhan. Jika awal puasa pada hari Sabtu, malam Lailatulqadar ialah malam 23 Ramadhan dan jika awal puasa pada hari Isnin maka, malam Lailatulqadar pada malam 21 Ramadhan.
Dan sekiranya terdapat kebenaran tentang pendapat ini, In Shaa ALLAH malam LailatulQadar akan hadir pada malam 29 Ramadhan, sehari sebelum raya. Tidak kira bila ianya berlaku, marilah kita sama-sama merebut peluang di sepuluh malam terakhir, untuk mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
sama-sama lah kita manfaatkannya.insyallah..
ReplyDeleteIn Shaa ALLAH Aida..sama-samalah kita merebut peluang yang ada..
DeleteBaagus info ni. Mudah2an kita semua dpt menjalani ibadah dlm 10 hari terakhir ini dgn mudah & dipertemukan dgn mlm Lailatul Qadar dgn penuh rahmat keberkatan, in shaa Allah.. amin.
ReplyDeleteThanks Khir..semoga semuanya dipermudahkan...Amin..
Deletesam samalah kit amanfaatkan 10 hari terakhir ini
ReplyDeleteJom wantie..
DeleteSemoga Allah bagi kekuatan pada diri ini...insyaallah!
ReplyDeleteIn Shaa ALLAH Okje..kalau niat yang baik mesti ALLAH permudahkan..
DeleteSemoga kita pakat2 berjumpa lailatulqadar
ReplyDeleteIn Shaa ALLAH wan..
DeleteSetiap malam di 10 terakhir adalah malam lailatulqadar...maksudnya tingkatkan amalan setiap malam, insyalallah...kerana Allah shj yg tahu bila malamnya...
ReplyDeleteBetul tu BM...hanya ALLAH yang tau..
Deletein shaa Allah sama2lah kita yer
ReplyDeleteYup jom sama-sama KA...
DeleteSebagai hambaNya kita kena berusaha mencari sebab kita tak tahu waktu bila hari pilihan Allah. Usaha-usaha tanpa putus asa.. moga menjadi milik kita - Amin.
ReplyDeletelailatul Qadr ni rahsia Allah..tugas hamba-Nya untuk mencari dan beribadat seikhlas hati
ReplyDeleteNice sharing...
ReplyDeleteSemoga dapat bertemu dgn mlm yg penuh barakah ini..
ReplyDeleteMog bertemu malam yang di nanti ini..
ReplyDelete