Breaking News

Tuesday, July 30, 2013

Misteri Objek Putih Rukuk Di Kampung Checok Tengah

  Anggap kewujudan objek rahmat Ramadan
 Objek Misteri Berwarna Putih


Misteri Objek Putih Rukuk Di Kampung Checok Tengah

Kehadiran Objek misteri berwarna Putih di Kampung Checok Tengah, dianggap seribu rahmat oleh Irfan Mat Daud, 47 tahun. Menurut Irfan,  objek tersebut kelihatan pada kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur pada malam Isnin.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.
“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika memandang ke luar rumah, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak. Dia tertarik untuk merakamkan gambar objek berkenaan dan apabila melihat rakamannya, objek tersebut kelihatan seperti orang rukuk dalam solat.

Baginya perkara misteri itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

p/s: Inilah bayangan Lailatulqadar. Bertuahnya beliau di beri kesempatan untuk menyaksikan keajaiban ini..

12 comments:

Designed By