Breaking News

Wednesday, July 31, 2013

Kisah Anjing & AidilFitri

Aidilfitri & Anjing
  Lagi video hina umat Islam 
Rakaman video individu berbaju Melayu menyambut Aidilfitri bersama anjing.
 
Umat Islam kini berdepan dengan cabaran yang besar, apabila semakin hari semakin ramai yang berani menghina Islam secara terang-terangan. Walaupun kes Alvi dan VIvian yang dipenjara belum reda, kini satu rakaman video baru muncul. Ianya memaparkan seorang individu yang menyambut Aidilfitri bersama anjing.

Video yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya. Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk.

Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya. Video berkenaan diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing.

p/s: Sayu tengok Video ni. Kalau Alvi & Vivian beragama lain, tapi rasanya Chetz ni beragama Islam. Mengapa dan kenapa jadi macam ni ya? Semakin di tegur semakin berani. Adakah ini merupakan "jenayah" terancang atau "tindakan" suka-suka individu tertentu yang ingin mencari kontroversi.

Video Sambutan Aidilfitri & Anjing

10 comments:

  1. TUlahkan macam terancang dan saja nak mengundang kontroversi....mmg sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih Okje.tak tau apa tujuan video ni di buat...

      Delete
  2. sorry..saya tak lihat ia sebagai perkara yang menghina agama islam....

    perkataan 'seolah-olah' hanya persepsi.... lain orang lain persepsi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin pendapat kita berbeza iqbal, tapi rasanya ada sesuatu yang tak kena bila video ni dibuat menggunakan binatang yang kita anggap sensitive. Betul, anjing juga makhluk ALLAH. Tapi kita tau anjing boleh menjadi haram kepada kita jika ia dalam dalam keadaan yang basah. Mungkin ini persepsi tapi, ianya boleh mengundang fitnah jika ia dibuat seolah-olah mempermainkan perintah ALLAH.

      Delete
  3. Perancangan untuk menghina dan menjatuhkan maruah agama Islam dan bangsa Melayu...Bahaya bagi mereka yg kurang ilmu atau jahil dgn hukum syarak. Musuh Islam semakin banyak & terang2an, kita kena berhati2, bersatu dan kuatkan iman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly BM...umat islam akhir zaman..

      Delete
  4. hmm... boleh je pun guna binatang lain. kenapa anjing pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu watie...kucingkan lebih baik..

      Delete
  5. Replies
    1. Betul tu KA..sengaja nak jadi sensasi..

      Delete

Designed By