Nur Amyliana Shuhada, 12 tahun Di Bunuh Kejam
ACHA tidak dapat menahan kesedihan mengenang nasib anak perempuannya.
Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dipercayai dirogol sebelum dibunuh di Bukit Tinggi, Klang semalam.
Mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 12 ditemui oleh seorang wanita pada jam 10.30 malam di kawasan parkir kereta Melayu di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, Klang.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Muhamad Mat Yusop, mayat
tersebut ditemui terbaring dengan kesan pendarahan pada kemaluan mangsa. "Tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuh badan si mangsa namun
pemeriksaan selanjutnya menemui kesan pendarahan pada kemaluan si
mangsa," kata Muhamad.
Mangsa dipercayai telah keluar rumah bermain pada jam 12 tengah hari dan tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam.
"Rumah mangsa terletak 200 meter dari tempat kejadian dan serentak
dengan itu juga dua suspek lelaki berasal telah ditahan untuk bantu
siasatan," beliau berkata.
Dua suspek umur 19 dan 24 yang tidak
bekerja itu ditahan jam 6 pagi hari ini di kawasan berhampiran tempat
kejadian dan sebuah penyodok tanah yang dipercayai digunakan untuk
cubaan menanam mangsa turut ditemui.
Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Bernama
1. "Rahsia" Blog
2. "Rahsia" KLIA
3. "Rugi" Tak Cuba
4. Hanya Untuk Wanita
5. Tawaran Hebat 2013
6. Siapa Cepat Dia Dapat
7. Jangan Lepaskan Peluang Ni
8. Apa yang "Istimewa" di sini
Mashaallah, ini dekat rumah saya. Memang kawasan tersebut kawasan maju. Orang asing pun banyak.
ReplyDeleteAntara sebab orang melayu tak suka duduk bandar. Crime rate tinggi
Itulah Fairul, Apabila manusia hilang pertimbangan, kelakuan mereka sama seperti binatang...ramai yang seperti ni di luar sana.
DeleteSemoga keluarga adik Nur Amyliana Shuhada tabah dan redha dgn dugaan ini.
ReplyDeleteDoa untuk mereka..
Deleteperkara yg paling ditakuti berlaku lagi
ReplyDeleteBetul tu kak tie..sedih kan..
Deletesungguh kejam sekali pelakonnya
ReplyDelete