Breaking News

Thursday, January 1, 2015

Warga Emas Tinggal Dalam Hutan Di Tengah Kota

Ini kisah seorang lelaki warga emas yang tinggal sendirian dalam hutan Wangsa Melawati lebih 30 tahun.
Warga Emas Tinggal Dalam Hutan Di Tengah Kota

Warga Emas Di Tengah Kota


السلام عليكم buat semua pembaca  Blog Santai. Alhamdulillah kita masih diberikan udara untuk bernafas dan berkongsi kisah suka dan duka yang berlaku dalam masyarakat kita. Pagi ni cerita yang menarik perhatian kita adalah kisah penderitaan seorang warga emas yang tinggal bersendirian di dalam hutan di tengah kota. Bila baca berita ni..agak tragis sebenarnya. Kita sendiri pun tak pernah membayangkan masih wujud cerita terpinggir sebegini. Di Kuala Lumpur lagi..

Berteduhkan sebuah pondok yang dibina sejak tahun 1980 dengan menggunakan papan dan zink yang kini sudah mereput, Pakcik  Mohamed Dris, 74, tinggal didalamnya ditemani sebuah meja papan buatan sendiri dan tikar getah yang dijadikan tempat tidur. Tiada elektrik dan juga tiada air. 

Beliau hidup sebatang kara di pondok usang itu selama hampir lebih 34 tahun kerana tidak mampu menyewa rumah semenjak hilang punca pendapatan sebagai penoreh di tempat itu yang dahulunya adalah ladang getah. Keadaan kesihatan beliau juga tidak memungkinkan beliau untuk bekerja. Simpati dengan nasib pak cik. Alhamdulillah,  Pakcik Mohamed Dris telah ditemui. Semoga tahun 2015 menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk beliau.

20 comments:

  1. Selamat tahun baru Raudzah.. tak dapat membayangkan kehidupan pakcik ni selama 34tahun begini.. in shaa Allah, moga 2015 memberi kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan sihat selalu kesihatannya

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan 2015 memberikan sinar kebahagiaan buat pakcik Dris...

    ReplyDelete
  4. Kesiannya.. semoga Allah sentiasa mempermudahkan segalanya buat beliau... aamiin.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah ... ada yg menemui dia .

    ReplyDelete

Designed By