Breaking News

Thursday, May 8, 2014

Kembara Santai Ke Marakech, Maghribi

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/ideal-tours-marrakech.jpg
Marakech, Maghribi

Kembara Santai ke  Marakech, Maghribi


Kembara visual Blog Santai malam ni singgah di Kota Marakech, Maghribi. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan dunia yang popular. Kota ini merupakan pusat "kebudayaan" utama di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong selepas berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/f8/Colourful_shoes_in_Marrakech.jpg
Kasut-kasut yang bewarna warni adalah antara tarikan utama di kota ini
http://2.bp.blogspot.com/-rIBPClYpJ2w/T1HjQKLE6GI/AAAAAAAABCc/2fjVC1y-RzM/s400/0_7c95b_a63a43fa_orig.jpg
"Climbing Goat" 

Kambing Memanjat Pokok Di Maghribi


Dan yang paling istimewa dan jarang ditemui di mana-mana negara didalam dunia ini adalah skill yang ditunjukkan oleh kambing-kambing disini. Kalau ditempat lain, kambing memakan rumput, tapi di sini kambing memanjat pokok Argan untuk memakan buahnya yang manis. Skill kambing-kambing ni memang hebat.


Pokok Argan yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat. Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter.



16 comments:

  1. kambing kat sini memang rare kak...siap boleh panjat pokok lagi tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah memang hebat lah kambing-kambing ni..

      Delete
  2. wahh kambing kat atas tu.. mcm mne boleh ada kt atas tu

    ReplyDelete
  3. kathy pulak gayat tengok kambing tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..apa kambing tu rasa ya..

      Delete
  4. comel je kambing2 tu kak..... tetiba terbayang kambing masak ala magribi... hehe

    ReplyDelete
  5. Poko Argan... macam biasa dengar recently... ada kaitan dengan Israel ker macamana... tak berapa ingat... tapi memang hebat kambing-kambing tu.. tak boleh bayang dia nak balance kan diri dok atas dahan tu :D hahahahha

    ReplyDelete
  6. Wahh.. layanlah kambing2 tu hehee.. hebat..
    3x whisper.. :D

    ReplyDelete
  7. terror kambing kat sana yer...
    whisper 2x for u :)

    ReplyDelete
  8. Mantaplah kambing tu, pandai panjat pokok cari makan. hehe, saya tahu argan ni pun dari produk simplyct yang menggunakan argan. Banyak kelebihan katanya.

    ReplyDelete
  9. Wow, the goats are very skillful there!

    ReplyDelete
  10. macam mane kambing tu boleh panjat sampai ke atas pokok pulak erk....

    ReplyDelete
  11. oh, di sinilah tempatnya kalau nak tengok kambing panjat pokok..

    ReplyDelete
  12. mcm tak caya je kambing blh panjat pokok.. hebat2..

    jemput ke blog saya
    http://rujukvitaminku.blogspot.com/

    ReplyDelete

Designed By