Breaking News

Sunday, February 2, 2014

Jom Megembara Ke Sungai Nil

River Nile Cruise
Pelayaran Mengelilingi Sungai Nil (Source)

Kembara ke Sungai Nil


Kembara virtual Blog Santai malam ni singgah di Sungai Nil. Pastinya ramai yang pernah belayar mengelilingi Sungai Nil kan. Kita belum sampai ke sini lagi. Tapi kita dah masukkan Sungai Nil dalam list tempat untuk kita mesti lawat one fine day. 

Dalam perjalanan Isra' dan Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w melihat empat batang sungai di Sidratul Muntaha, dua batang sungai di syurga dan dua batang lagi terlihat di langit dunia. Baginda bertanya kepada Jibril sungai apakah itu, Jibril berkata dua batang sungai di syurga dan dua lagi adalah Sungai Nil dan Furat. Asalnya kedua-dua sungai itu adalah di Surga yang kemudiannya mengalir ke bumi dan keluar daripada mataair bumi.


http://c3e308.medialib.glogster.com/media/61/61912385505dbeb9fa777afa703cd9d9bea6fcd9e9b38d036e8e700e239c7c86/river.jpg

Sungai Nil Terpanjang Di Dunia


Dari segi geography, Sungai Nil ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara Afrika. Umumnya Sungai Nil dianggap sebagai sungai yang terpanjang di duniaSungai Nil mempunyai dua cabang yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih

Sungai Nil Biru ialah sumber air utama bagi Mesir. Sungai Nil Biru berasal dari Tasik TanaHabsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Tanah disepanjang Sungai Nil Biru sangat subur dan sesuai untuk pertanian. Manakala Sungai Nil Putih berasal dari kawasan Tasik-tasik Besar di Afrika Tengah dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan. 

http://www.divinglore.com/Genesis/Egypt/The_River_Nile.jpg
http://farm5.static.flickr.com/4048/4267414080_8c0f0c72d8.jpg
Source

Pelayaran Sungai Nil


Pelayaran Sungai Nil adalah cara yang sangat popular untuk pelancong mengenali Mesir. Sungai Nil telah menjadi talian hayat Mesir sejak zaman purba dan tidak ada cara yang lebih baik untuk mengesan peninggalan sejarah Mesir selain daripada melayari Sungai Nil. So kalau you all nak mengembara ke Asia Barat, pastikan singgah di Egypt dan melayari Sungai Nil tau...

14 comments:

  1. cik akak pun teringin gak nak pergi..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. kita belum sampai lagi kat sini.... memang bagus simpan angan2 untuk pergi ke sini kan... dapat tengok sendiri... :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah sampai lagi & mmg teringin nk pergi.. harap2 bumi mesir cpt aman... aamiin..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..cantiknya..nampak biru aje air tu

    ReplyDelete
  5. Masa kecik2 selalu dgr pasal sungai Nil ni.. dah besar baca sendiri serta baru lah faham

    ReplyDelete
  6. Istimewanya sungai ini mengalir merentasi padang pasir dan tanah tandus lalu membawa rahmat utk kehidupan.

    ReplyDelete
  7. antara tempat yang kathy idam nak pergi..

    ReplyDelete
  8. best kalau dapat ke sana kan raudzah :)

    ReplyDelete
  9. Indahnya pemandangan disana
    insyallah kalau ada rezeki kita pun boleh ke sanakan

    ReplyDelete
  10. best jika dapat pergi ke sana.. cantik air sungai nil itu..

    ReplyDelete

Designed By