Skip to main content

Guna pistol tiruan tahan enam tebusan

CCTV menunjukkan suspek (bertopi keledar) menahan tebusan dan cuba mengambil wang di kaunter salun kecantikan di Jalan Besar  Guchil, Kuala Krai, semalam. - Foto Fathil Asri  
CCTV menunjukkan suspek (bertopi keledar) menahan tebusan dan cuba mengambil wang di kaunter salun kecantikan di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai, semalam. - Foto Fathil Asri
 

Suspek serah diri selepas bebas tiga pelanggan salun

Kuala Krai: Seorang lelaki bersenjatakan pistol tiruan menjadikan enam orang sebagai tebusannya hampir tiga jam di sebuah salun rambut di Jalan Besar Guchil di sini, semalam.

Bagaimanapun, suspek berusia 27 tahun dan mempunyai lulusan reka bentuk grafik itu menyerah diri kepada polis selepas menahan tebusan sejak jam 2.50 petang. 

Suspek kemudian mengarahkan lima pelanggan dalam salun itu berkumpul di satu sudut dan mengacukan pistol ke leher pemilik salun,” Asisten Komisioner Lai Yong Hen, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata semua tebusan, empat wanita dan dua lelaki termasuk bapa pemilik salun itu, Lim Kim Tan, 68, selamat tanpa sebarang kecederaan.

Bersenjatakan pistol

“Kejadian bermula apabila suspek yang dikatakan bersenjatakan pistol dan pisau, memasuki premis itu di tingkat dua bangunan tiga tingkat berkenaan sebelum menahan pemiliknya sebagai tebusan.

“Suspek kemudian mengarahkan lima pelanggan dalam salun itu berkumpul di satu sudut dan mengacukan pistol ke leher pemilik salun,” katanya. 


Yong Heng berkata, pasukan polis yang menerima maklumat orang ramai, bergegas ke tempat kejadian dan mengepung bangunan itu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pegawai polis mengadakan rundingan dengan suspek yang akhirnya bersetuju untuk melepaskan tiga dari enam tebusan itu, sebelum membebaskan tiga lagi kira-kira jam 5.30 petang.

“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut,” katanya.

Source

Comments

  1. seriau dgn berita2 macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah KA.. ramainya orang jahat kat dunia ni..and nakal dia guna pistol tiruan lagi..mesti mainan punya ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat