Ngeri: Kerana Handphone, Cikgu Di Bunuh Kejam

Cikgu Sun

Ngeri. Gara-gara sebuah handphone, seorang cikgu di Sekolah Menengah di Fuzhou Linchuan, China, dibunuh kejam oleh seorang anak muridnya. Konflik di antara cikgu, Sun dan juga anak muridnya, Lei, 17 tahun bermula apabila cikgu tersebut merampas handphone milik beliau sewaktu beliau bermain-main dengan handphone tersebut semasa rehat. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua ibubapa murid tersebut datang kesekolah untuk mengambil kembali handphone tersebut.

Tempat kejadian

Kesokan harinya, Lei, yang tidak berpuashati dengan kejadian tersebut telah berjumpa dengan pengetua sekolah tesebut untuk berbincang. Setelah itu beliau kembali ke kelas. Namun tidak lama kemudian, beliau kembali semula ke bilik guru pada pukul 11.46 pagi untuk menemui Cikgu Sun yang sedang membuat persediaan untuk masuk ke kelas. Beliau membawa bersamanya sebilah pisau pemotong buah-buahan. Setibanya di Bilik guru, beliau terus meluru ke arah cikgu tersebut lantas menyembelih leher cikgu tersebut. Tidak sempat menyelamatkan diri, Cikgu Sun, disahkan mati ditempat kejadian kerana kehilangan banyak darah. 

Cikgu Sun adalah seorang cikgu yang popular dan komited disekolah tersebut. Manakala Lee, adalah seorang pelajar yang bermasalah.

Comments

  1. nauzubillah. jangan lah kat malaysia jadi camni :'(

    ReplyDelete
  2. aduhhh ..tak boleh silap sikit mesti cedera atau mati balasannya..huh !

    ReplyDelete
  3. p/s ..mohon masukkan url blog www.nazlee.com dalam BlogList boleh..t.kasih.

    ReplyDelete
  4. Nasib cikgu di zaman yg penuh cabaran kini. Sedih dgn sikap anak2 murid sekarang. Ditegur salah, tak ditegur makin menjadi2 pulak..

    ReplyDelete
  5. ngerinya.. teruk betul remaja zaman sekarang..

    ReplyDelete
  6. ya Allah, kenapa lah kejam sgt budak ni ekk.. terok la . mujur bukan kat malaysia

    ReplyDelete
  7. teruknya..kt china ni pelik je..hmm hrap xberlaku la kt Malaysia

    ReplyDelete
  8. Nauzubillah.. mohon jauhlah dari terlibat dgn anasir2 yg mcm2 ni...

    ReplyDelete
  9. Inilah yang kita tidak mahu berlaku di Malaysia. Mujur KPM tidak membenarkan pelajar bawa telefon bimbit ke sekolah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat