Skip to main content

Misteri Orang Minyak Di Marang

 
"Orang Minyak" yang ditangkap Pada Isnin lalu

Orang Minyak Kembali

Marang kembali gempar. Kelibat misteri Orang Minyak muncul kembali. Mangsa terbaru, adalah Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, yang mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, pada hari Rabu.

Beliau yang tidur keseorangan pada malam kejadian, walaubagaimanapun bersyukur kerana tiada kejadian yang diingini berlaku kerana sempat tersedar dan menjerit menyebabkan lelaki tesebut lari menuju ke arah tingkap bilik tidur dan terjun keluar sebelum menghilangkan diri.

Kejadian ini telah menimbulkan tanda tanya penduduk sekitar kerana menurut Polis, seorang lelaki berusia 42 tahun, yang dikenali sebagai "Orang Minyak" telah ditangkap pada Isnin lalu. Lelaki pesakit mental tersebut telah ditangkap oleh Pasukan Rondaan Rakan Muda selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di Kampung Machang Lada. Beliau telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Penduduk di padang Midin menyifatkan kejadian itu sebagai Misteri kerana "Orang Minyak" yang ditangkap sebelum ini pastinya tiada kaitan dengan kes orang minyak yang menceroboh bilik seorang pelajar berusia 17 tahun beberapa minggu yang lalu. "Orang Minyak" sebenar masih bebas di luar sana.

Comments

  1. orang minyak...isk-isk seram pula...mengamalkan ilmu syirik kan

    ReplyDelete
  2. Sana sini cerita pasal minyak je Malaysia ni :D.. yg ni lagi merisaukan..

    ReplyDelete
  3. rasanya ramai orang gila sekarang ni.. huhu..

    ReplyDelete
  4. minyak naik pun ramai jugak orang minyak..ish3 =) ganu pulak 2..sbar jelh..

    ReplyDelete
  5. Takutnya saya. Perlu dibanteras segera ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat