Skip to main content

"Orang Minyak" Kembali Mengganas

 Lelaki separuh bogel mengganas cari anak dara
 "Orang Minyak" Versi Moden

A few months back, kita digemparkan dengan kisah kehadiran orang minyak di Gombak, Kuala Lumpur. Kini kisah orang minyak kembali merisaukan penduduk-penduduk disebuah kampung di Kuala Terengganu.

Alkisahnya bermula apabila seorang pelajar yang berusia 17 tahun dari Marang Terengganu, mendakwa ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ masuk ke biliknya pada kira-kira jam 3.30 pagi semasa sedang tidur. Semasa terjaga beliau mendapati lelaki tersebut berada disebelahnya dan sempat memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri. 

Lelaki yang tidak memakai seluar itu bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri. Namun beliau sempat mengambil telefon bimbit milik mangsa.

Masalah Mental

Difahamkan lelaki separuh bogel tersebut dipercayai mengalami masalah mental. Beliau digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung untuk perhatian ramai.

p/s: Be careful ya orang-orang Marang. Tak sure this guy ni betul-betul mental atau sebaliknya...Hmmmm...

Comments

  1. klu tak sakit mental , tetap bahaya tuh ...

    ReplyDelete
  2. bahayanya kalau betul dia sakit mental.. kena hati walau di mana pun berada..

    ReplyDelete
  3. Huhu..mmg seram jmpe dgn org mental...tpi kita xleh nk kata2 dia..sbb bukan dia pinta jadi begitu kn..

    ReplyDelete
  4. Pehhh ! Orang Minyak Is Back xD
    Jangan lupa singgah-singgahlah ke blog saya :)

    ReplyDelete
  5. ish gerun....berhati2 la org Marang..

    ReplyDelete
  6. Orang minyak kembali kerana sudah kehabisan minyak akibat dari kenaikan harga minyak baru2 ini!

    ReplyDelete
  7. hahahaa...cik tom orang marang..cuti malaysia ni mmg balik kmpg..tp xde plk desas desus org minyak kt cn ;)

    ReplyDelete
  8. Hish menyeramkan ni...macamana boleh masuk tu? Pecah rumah ke ?

    ReplyDelete
  9. Org minyak naik sbb harga minyak naik tu hehee.. apa pun selain masalah mental, benda ni berkait dgn ilmu hitam.. syirik & bergantung kpd perjanjian kuasa jin & syaitan.. Mohon Allah lindungi kita semua dari terjebak sama ada dgn mereka atau menjadi diantara golongan spt mereka..

    ReplyDelete
  10. laa mental rupanya..ingatkan org myk betul tadi.. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat