Sengkuang Calit RM0.30

 
Sengkuang Calit RM0.30

Tadi kita ada baca satu artikel dekat star online mengenai Sengkuang Calit..Hmmm..sebenarnya inilah kali pertama kita dengar nama "Sengkuang Calit" ni.  Sengkuang memang dah selalu dengar coz kita suka makan rojak. Kalau ikutkan kebiasaan, sengkuang adalah antara elemen utama yang ada dalam rojak. Memang best...

Cuma yang lebih best lagi bila baca artikel tu sengkuang calit yang dijual disebuah gerai di Bukit Mertajam, ni memang sangat sedap. Istimewanya sengkuang calit ni di sapu kuah rojak dan ditabur dengan kacang tumbuk. Harganya pula hanya RM0.30. Murahkan. Kalau tengok dari gambar memang menarik.

 
Lai Chi Kang

Selain daripada sengkuang, gerai milik Mimi ni juga turut menjual Laichikang pada harga yang sangat berpatutan. Semangkuk laichikang yang mengandungi bahan seperti buah laici, kacang, buah nipah, biji selasih, cincau, agar-agar, getah anggur dan pelbagai bahan lagi dijual dengan harga RM1.00 semangkuk. So kalau makan dua hidangan kat atas kosnya baru RM1.30. Heavankan. 

Kalau tak cukup dengan sengkuang calit dan laichikang, you all boleh order makanan yang lain seperti bakso dan mee goreng. Harganya pun sangat berpatutan. Kalau pelanggan tak cukup duit terutamanya kanak-kanak, mee yang nampak sangat menyelerakan ni boleh di beli pada harga RM1.00. Not badkan..

  
Mee Goreng RM1.00
  
Gerai Mimi Di Kampung Permatang Kebun Sireh

Dan ada lagi yang lebih istimewa tau... Gerai kecil itu turut juga menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada pelanggan terutama untuk warga kampung Permatang Kebun Sireh yang berkunjung ke sini. Hebatkan..So untuk orang-orang Penang terutamanya Bukit mertajam bolehlah singgah kat Gerai Mimi ni kalau nak merasa sengkuang calit yang sedap tu dengan harga yang berpatutan... Semoga rezeki tuan punya gerai ni dimurahkan Allah.

1. Menarik..You all Kena Join

Comments

  1. Sedapnya... murah plak tu... :)

    ReplyDelete
  2. sengkuang calit 30sen?? kat kl ni at least pun 50sen seketul.... sos dia susah dapat... tapi kalau sha berbijik2 sengkuang makan kalau dapat sos merah dia tu.. sampai perut kembung...!!

    ReplyDelete
  3. wah dulu time sekolah tiap2 hari makan..hehe..sedap..

    ReplyDelete
  4. sedapnya. lama x makan.. last makan awal tahun haritu.. hiks.. tu pun sbb akak yg jual kuah sengkuang calit tu.. btw sengkuang tu murah gilaa.. kat sini rm1 huuuu

    ReplyDelete
  5. murahnya 30 sen je...sengkuang memang favourite puteri :D

    ReplyDelete
  6. Wahh menarik ni.. sengkuang calit tu dulu saya selalu makan bila balik sekolah.. :) :)

    ReplyDelete
  7. Murah betul. Memang murah rezeki penjualnya.

    ReplyDelete
  8. ingatkan sekali calit blogger dibayar 30sen hehe..

    ReplyDelete
  9. murahnya! paling bez ada wifi sekali..mmg baik hati tuan kedai
    untung pelanggan dpt ke sana
    tersedia berbagai kelebihan

    ReplyDelete
  10. alahai sedapnya, lama tak makn sekuang..:)

    ReplyDelete
  11. salam. sedapnya..p.s terliur tengok udang tu T.T

    ReplyDelete
  12. Shedap nyer..... :) :)
    Salam jumaat Raudzah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat