Lokasi Mac 2011 Jepun dilanda tsunami lagi

 A combination photo shows a tsunami-devastated area in Kesennuma, Miyagi prefecture

TOKYO - Tsunami setinggi satu meter melanda timur laut Jepun hari ini susulan gempa bumi kuat, kawasan perairan yang musnah teruk dalam bencana kembar awal tahun lalu.

Pegawai-pegawai perkhidmatan kaji cuaca mengesahkan tsunami melanda bandar Ishinomaki, kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, bandar raya yang mengalami kemusnahan teruk dalam tsunami Mac 2011.

Belum diketahui tahap kerosakan dan kemusnahan yang dibawa oleh gempa bumi berukur 7.3 hari ini

Penduduk sekitar wilayah Miyagi dinasihatkan untuk mencari tempat perlindungan keselamatan diri masing-masing kerana ada kemungkinan bandar-bandar lain turut akan terjejas akibat kejadian itu. 

“Kami sedang mengarahkan penduduk supaya berpindah ke kawasan yang lebih tinggi segera,” kata sumber rasmi rasmi Ryuichi Omori kepada media. 

“Keadaan di kawasan ini sangat gelap ketika ini dan perkhidmatan telefon mudah alih turut terjejas menyebabkan usaha menyelamat turut terjejas.

“Gempa bumi kali ini tidak terlalu serius berbanding dengan apa yang berlaku tahun lalu,” katanya.

Pihak berkuasa turut menubuhkan satu pasukan khas bagi membantu mangsa bencana.

Bagaimanapun, pegawai  turut mengesahkan tiada ancaman tsunami berlaku di negara jiran sekitar Jepun.

Perdana Menteri Yoshihiko Noda turut bergegas ke pejabat beliau bagi memantau keadaan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat