Mesir menuju 'Krisis Februari 2011'

Mesir menuju 'Krisis Februari 2011'
Penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Presiden Mohammed Morsi ketika berhimpun di luar istana presiden di Heliopolis dekat Kaherah semalam. - Foto EPA


KAHERAH - Polis dan penunjuk perasaan, yang merasakan penggubalan perlembagaan baru mencabar kebebasan mereka, bertempur, seolah-olah menyegarkan krisis Februari 2011 yang membawa kepada penggulingan presiden.

Ribuan berkumpul di luar istana presiden.
Menurut media rasmi, lapan orang cedera dalam kejadian tetapi tiada kecederaan serius.

Pihak polis turut melepaskan gas mepedih mata bagi menyuraikan orang ramai dan sesetengah daripada penunjuk perasaan juga memotong kawat berduri yang diletakkan di pekarangan istana.

Menurut sumber, Mohammed berada di istana tetapi apabila kehadiran penunjuk perasaan semakin meningkat, beliau bertindak meninggalkan istana.

Ramai yang berkumpul di luar istana di pinggir bandar Heliopolis, melaungkan slogan serupa yang ditujukan kepada bekas Presiden, Hosni Mubarak semasa pemberontakan pada Februari 2011.

Kejadian ini menjadi detik paling bersejarah kerana pihak polis sendiri hilang kawalan menyebabkan Mohammed terpaksa keluar istana bagi memastikan keselamatan dirinya terjamin.

Sebelum ini, penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir, Kaherah.
Dalam satu kenyataan yang dibacakan melalui televisyen, pasukan keselamatn Mesir turut dipanggil bagi meredakan keadaan.

Mohammed merupakan presiden pertama Mesir memenangi pilihan raya bebas dan Perlembagaan baru dikatakan memberinya kuasa tambahan dari segi kekebalan.

Tindakan beliau itu membuatkan beribu-ribu orang terlibat dalam tunjuk perasaan sejak awal minggu lalu.

Source

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat