'Dikurung, dipaksa makan kertas'


SEBAHAGIAN pekerja wanita warga asing mangsa pemerdagangan manusia yang berjaya diselamatkan
 

Bekerja tanpa dibayar gaji, dikurung, kadangkala tidak diberi makan, dikasari dan dipaksa makan kertas jika melawan.

Itu antara penderaan dan seksaan yang didakwa terpaksa ditanggung oleh 105 wanita warga asing yang menjadi mangsa pemerdagangan orang selepas diperdaya sebuah agensi pekerja asing yang berpejabat di Bandar Baru Klang di sini.

Bagaimanapun, kesemua wanita yang berusia antara 18 hingga 25 tahun itu berjaya diselamatkan oleh sepasukan pegawai Imigresen diketuai Timbalan Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) Pelabuhan Klang, Chandran Muniandy.


Jika benar seperti yang di dakwa, apakah tahap peri kemanusiaan sudah hilang di khalangan Masarakat kita?


Source

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat