Breaking News

Tuesday, December 11, 2012

Saringan ketat untuk menunaikan haji

pix_gal0 



  • Senarai menunggu cecah sejuta orang


  • Lebih 14,000 pencarum berdaftar berusia 75 tahun ke atas
  •  Kuota negara cuma 28,000 bagi setiap musim haji



  • Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuat saringan dan memilih pencarum benar-benar layak diberi keutamaan menunaikan haji, berikutan jumlah mereka yang menunggu kini mencecah sejuta orang.  

    Serentak itu, umat Islam yang pernah mengerjakan haji diminta memberi laluan kepada mereka dalam senarai menunggu, termasuk lebih 14,000 pencarum berdaftar berusia 75 tahun ke atas.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata TH akan memberi keutamaan kepada mereka yang kali pertama ingin menunaikan Rukun Islam kelima itu, berikutan kuota negara hanya 28,000 bagi setiap musim.

    Tempoh lima tahun Antara syarat ditetapkan, individu yang sudah menunaikan ibadat tidak dibenarkan mendaftar semula dalam tempoh lima tahun bermula dari tarikh menunaikan haji.“Bagaimanapun, mereka yang mendaftar awal dalam sistem turutan (automatik berdasarkan tarikh pendaftaran haji) akan diutamakan. 

    Warga tua 75 tahun diutamakan 

     “Selain itu, warga tua berusia 75 tahun ke atas akan diberi keutamaan menunaikan haji namun jika mereka pernah menunaikannya, kuota terbabit akan diberikan kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

    7.9 juta pendeposit TH 

    Jamil Khir berkata, TH akan mempertimbangkan untuk memberi kuota mahram kepada keluarga atau saudara terdekat kepada bakal jemaah lanjut usia dan orang kelainan upaya (OKU) yang terpilih menunaikan haji.

    “Sebaik-baiknya berilah laluan kepada mereka yang lebih layak,” katanya. Jamil Khir berkata, ketika ini terdapat 7.9 juta pendeposit TH dengan dana terkumpul RM34.9 bilion.


    Source

    No comments:

    Post a Comment

    Designed By