Breaking News

Thursday, December 6, 2012

(12 gambar) Mesir semakin tegang, demo tukar ganas

 Egypt's Morsi leaves palace amid violent protest


KAHERAH - Sementara penunjuk perasaan antiperlembagaan baru dan penyokong Presiden Mesir bertempur di luar istana presiden semalam, jurucakap pemimpin itu memaklumkan bahawa Mohammed Morsi akan berucap bagi meredakan ketegangan lewat hari ini.

 

Dipetik CNN, ketua staf pejabat presiden, Refaa El-Tahtawy berkata, ucapan beliau akan merangkumi berita penting.

Mesir - Demo

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan dengan khusus aspek yang akan disentuh oleh Mohammed.

 Protesters opposed
 

Pertempuran yang berlarutan hampir seminggu bertukar menjadi ganas semalam.

 

Setakat ini lebih 200 orang cedera akibat tunjuk perasaan kerana ada yang membaling bom petrol dan batu.

 Freedom and Justice
 

Keganasan tercetus apabila penyokong  Mohammed berarak ke istana bertembung dengan ahli-ahli pembangkang.


Semalam, Naib Presiden, Mahmoud Mekki berkata, pungutan suara pada 15 Disember ini tetap akan diteruskan, tetapi setakat ini pintu dialog masih lagi terbuka, menunjukkan perubahan juga boleh dibuat dalam tempoh berkenaan.


 injured
 

Pengkritik pula mengatakan draf perlembagaan baru itu dibuat tanpa melalui rundingan yang betul dan tidak melindungi kebebasan politik, agama dan hak wanita.

 

Draf perlembagaan ini yang mencetuskan kemarahan rakyat terhadap Presiden Mesri yang menerajui negara itu sejak pertengahan tahun ini.


 Cairo clashes egypt morsi protests palace
 

Empat daripada penasihat Morsi turut meletak jawatan semalam, sekali gus membuktikan protes semakin meningkat.


Tiga penasihat lain turut berbuat demikian minggu lepas.



Tunjuk perasaan turut mengakibatkan dua kematian tetapi tiada lagi laporan sah berhubung perkara ini.

No comments:

Post a Comment

Designed By