Motivasi Pagi : Kisah Kebaikan

 
 Berbuat Baik Sekalipun Manusia Tidak Mengenali Kita

Motivasi Pagi : Kisah Kebaikan


Cerita pilihan Blog Santai untuk slot Motivasi Pagi hari ni adalah tentang kebaikan. Bila kita sebut tentang kebaikan banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk diri kita, keluarga dan juga rakan-rakan kita. Dari sebesar-besar kebaikan sehinggalah sekecil-kecil kebaikan, samada yang nyata mahupun tersembunyi.

Cuma kadang-kadang kita sebagai manusia terlalu berkira untuk membuat kebaikan. Dan yang lebih parah, ada yang memilih tempat dan juga kepada siapa untuk melakukan kebaikan. Kalau tidak dilihat orang, kita memilih untuk tidak melakukannya. Begitu juga jika kita tiada kepentingan dengan orang yang ingin dibantu, maka kita memilih untuk tidak melakukannya.

Ganjaran Kebaikan


Namun kita lupa, setiap kebaikan jika ianya dilakukan kerana Allah pasti ada ganjaran yang menanti. Itu adalah janji Allah.

Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Allah SWT telah menetapkan ganjaran kebaikan di mana sebarang niat untuk melakukan kebaikan akan diberi satu pahala sekalipun belum dilakukan lagi dan jika ia melaksanakan niat tersebut maka Allah SWT akan menggandakan pahala baginya. Oleh itu amal kebaikan bukan sahaja akan bermanfaat pada diri sendiri, bahkan akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat.

Jadi jangan pernah takut/berat untuk berbuat kebaikan, sekalipun manusia tidak menghargainya atau mengenali kita.  Cukuplah jika Allah tau niat kita dan menerima setiap kebaikan yang kita lakukan. Itulah yang terbaik.

Comments

  1. betul tu Raudzah...selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
  2. kebaikkan tu dibalas denga ganjaran yang setimpal...so tak rugi kita buat kebaikkan..

    ReplyDelete
  3. buat baik mmg senang dapat pahala.. niat pun dah dpt pahala...

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. buat baik dibalas baik.. di dunia & di akhirat.. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. setiap perbuatan ade balasan =)
    hee jgn luper folo iman blik yer. . iman budak baru bljaa =D

    ReplyDelete
  6. selamat berhujung minggu sis..

    ReplyDelete
  7. setiap kebaikkan itu pasti ad ganjaranya..walaupun kekadang tu diri banyak lakukan kesalahan..

    ReplyDelete
  8. saya setuju kak..allah akan membalas setiap kebaikan yg kita buat..

    ReplyDelete
  9. mudahnya islam.. niat nk buat baik je dah dicatat amalan..
    singgah menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  10. Nk buat baik sgt mudah... Kongsikan perkataan yg baik itu pun dh memadai...

    ReplyDelete
  11. Ganjaran Allah tidak terlihat didepan mata...Jika terlihat pasti semua orang berlumba2 melakukan kebaikan.

    ReplyDelete
  12. mari kita sama2 perbanyakkan buat kebaikan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat