Tips Kekal Sihat Sepanjang Ramadhan

on Sunday, July 14, 2013


 http://moeslim.wapsite.me/images/Buah-Kurma.jpg
  Makanan terbaik sepanjang Ramadhan

KETIKA berpuasa, kadar metabolik seseorang individu mulai menurun tetapi mekanisme tubuh lain pula akan berfungsi. Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadhan mampu meningkatkan kesihatan seseorang tetapi ada juga kemungkinan ia menjadi lebih teruk! 

Faktor penentu yang menyumbang kepada masalah kesihatan individu bukan kerana puasa itu sendiri, tetapi disebabkan jenis makanan yang diambil daripada waktu berbuka sehingga waktu bersahur. Masalah yang kerap terjadi ketika berpuasa ada antaranya boleh diatasi jika tahu caranya. 

Berikut terdapat beberapa langkah yang boleh kamu guna pakai sepanjang bulan Ramadan ini.

1. Pedih ulu hati. Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, pedih ulu hati merupakan antara masalah yang kerap terjadi sepanjang bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur.


 http://2.bp.blogspot.com/_mnkMwzZTkKA/S8CVehlVYVI/AAAAAAAAAfw/MGYYuoLYZE0/s1600/Diet+%232.jpg
 Banyakkan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran

2. Dehidrasi. Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dan menyebabkan dehidrasi. Sepanjang Ramadan, masalah dehidrasi lebih kerap berlaku kerana kamu perlu menahan lapar dan dahaga lebih daripada 10 jam. Disebabkan itu, penting untuk menikmati air secukupnya semasa bersahur dan juga berbuka.

3. Sakit kepala. Ketika berpuasa, sakit kepala kerap terjadi kerana beberapa faktor seperti kelaparan, kurang tidur ataupun mengambil kafein dan tembakau. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan dan dapatkan tidur yang cukup untuk mengurangkan sakit kepala ketika berpuasa.

4. Sembelit. Antara faktor seseorang itu mengalami sembelit adalah pengambilan makanan segera secara berlebihan serta pengambilan air dan fiber yang tidak mencukupi di dalam diet. Bagi mengelakkan masalah tersebut, kurangkan pengambilan makanan segera. Sebaliknya, tambah jumlah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Paras gula rendah. Jika berasa pening, letih, lesu, menggigil, mengalami daya tumpuan yang rendah atau tidak dapat menjalankan aktiviti fizikal ketika berpuasa, kemungkinan kamu mengalami simptom bahawa tahap gula rendah dalam darah. Jadi, pengambilan makanan dan minuman yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa perlu dikawal bagi membantu mengelakkan penurunan gula dalam darah secara mendadak. Untuk itu, makanlah buah-buahan segar dan minum jus tanpa gula sebagai sumber tenaga ketika berbuka puasa.
Ranking: 5

8 comments:

  1. Sunnah Baginda Rasulullah saw..makan kurma ketika berbuka. semestnya kita contohi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PCL..banyak khasiat kurma ni..

      Delete
  2. So far tak de rasa cenggitu masih sihat lagi Syukur pada Allah

    ReplyDelete
  3. mesti makan kurma.. kenyang sampai ptg !

    ReplyDelete
  4. salam ptg..singgah sini..datang dari segmen singgah sahur..salam ukhwah ohblogger malaysia

    ReplyDelete

 
© Blog Santai All Rights Reserved