Haram Menyentuh & Memelihara Anjing ?
Kedudukan Anjing Dalam Islam
Source: Google
Isu
kedudukan anjing dalam Islam kembali hangat, akibat dari Video Anjing & Aidilfitri yang dilakonkan oleh Chetz Yusuf. Walaupun isu ini
bukanlah isu yang baru, tapi ada baiknya kita renung kembali beberapa
persoalan dan pandangan ulama terkenal mengenai isu ini supaya kita tidak tersasar
jauh.
Soalan:
Sejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.
Antara alasan-alasan yang mereka beri:
1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela
anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik
tidur.
5) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di
dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan
Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka
dimasukkan Allah ke dalam syurga.
Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk
Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah
tersebut ada membela anjing."
Jawapan
Pendapat Pertama: Anjing adalah Najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bekas yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas. Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya
adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk
membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan lidah, air liur dan mulut anjing adalah Najis.
Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah
dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan
makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis,
maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga. Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka
jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka
sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis
juga.
Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).
Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Ada juga pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan
membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau
tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan
memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk
menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang
terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan
adanya keperluan.
Namun, ini tidak bermaksud anjing BOLEH disimpan dalam rumah kerana Nabi
SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah
yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang
mungkin berlaku kerana anjing.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda (yang artinya) : “ Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing, juga tidak memasuki rumah yang didalamnya terdapat gambar (patung)” [Hadits sahih ditakhrij oleh Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah yang semuanya dari Abu Thalhah Radhiyallahu 'anhu. Lihat Shahihul-Jami' No. 7262]Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.
Extract From: Utusan Online & Facebook
jumpa anjing pun dah takut...dekat lagi takut...eiii
ReplyDeleteApalah susah sangat....nak bela buat apa banyak lagi binatang lain boleh belakan...Raudzah!
ReplyDeleteTak perlulah nk pertikaikan lg & terpikir2 nk bela anjing ni kan. Mmg betul mengelak itu lbh baik, brpeganglh pd Al Quran & sunnah.
ReplyDeletenak bela anjing wat pe. takut ar.. kang kena kokak. Pahala yg dok ada pun ciput je, kang terkurang dek kerana bela anjing. bape je tinggal.
ReplyDeletefae sukaaa tgk puppyyy. comelllll....
ReplyDelete