8 Dosa Lidah

 
 Dosa Lidah (Cr: Google)

Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai,


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Dosa-Dosa Lidah yang boleh membawa kita ke Neraka. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT lidah. Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang, tetapi ia boleh mendatangkan dua kesan yang besar kepada kita, iaitu ke syurga atau ke neraka. Jika lidah digunakan dengan baik ia akan membawa kita ke syurga. Sebaliknya jika lidah disalah gunakan, ia  akan membawa kita ke neraka.

Berikut adalah 8 Dosa akibat lidah yang boleh membawa kita ke neraka:

1.Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu - Lidah perlu dibasahkan dengan zikir kepada Allah SWT.
2.Bermegah-megah dan menceritakan pada orang lain perbuatan maksiat yang dia lakukan.
3.Bercakap membuta tuli - Bercakap mengikut rasa tidak berdasarkan ilmu disebabkan kejahilannya.
4.Memaki hamun dan cakap kotor
5.Menyebarkan fitnah, sumpah palsu, berdusta dan berbohong.
6.Mengumpat dan Mengadu domba (menghasut)
7.Lidah bercabang dua
8.Memuji yang berlebihan - Pujian sering membuat orang yang menerimanya besar diri dan lebih teruk pujian diberi kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Jom kita sama-sama menjaga lidah semoga kita sentiasa berada di dalam peliharaanNya.

Jaga Diri, Hiasi Perbadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Comments

  1. nice sharing..lidah la juga pembawa kite ke akhirat sbb byk dosa dilakukan tnpe kite sedar..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana mengingatkan aiza..

    ReplyDelete
  3. tq share , ingatan utk diri sendiri juga ni !

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. peringatan yg baik, t kasih diatas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. no 8 tu si kaki kipas la eh? hehehehe

    ReplyDelete
  6. Terima kasih perkongsian ini. Menjadi peringatan juga kepada saya,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat