Apa Dosa Ku?
Apa Dosa Ku?
Apa Dosa Ku?
Apa Dosa Ku? Jika semalam kita ada berkongsi 14 Kes penderaan Bayi/Kanak-Kanak sepanjang tahun 2013, hari ni ada lagi kesinambungan kisah tersebut. Jika semalam mereka didera, hari ni mereka bernasib baik tidak didera physically tetapi dibuang ibu kandung. Tiga kisah berikut hanyalah sebahagian dari ratusan lagi kes buang bayi yang berlaku di Malaysia.
Bayi Di Tepi Longkang
Seorang bayi perempuannya yang masih bertali pusat telah ditinggalkan oleh ibunya dalam keadaan bogel di Jalan Lapangan Perdana 9, Taman Lapangan Setia, Ipoh. Bayi terbabit yang dipercayai baru dilahirkan ditemui pekerja binaan, Chong Lean Fatt, 48, jam 11 pagi 20 Dec 2013, ketika melalui jalan itu bersama dua rakan. Lean Fatt berkata, bayi itu ditinggalkan di situ dalam keadaan tertiarap dengan badannya berada di atas jalan tar manakala mukanya di atas besi penutup longkang.
Bayi Ditinggalkan Bersama Nota Depan Pintu Rumah
Bayi Di Tinggalkan Depan Rumah
Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan pucat akibat kesejukan selepas ditinggalkan berlapikkan beg plastik di hadapan sebuah rumah di Kuala Kedah. Kejadian itu disedari pemilik rumah berkenaan selepas dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi yang tidak berpakaian itu kira-kira jam 3 pagi 14 Jan 2014.
Dosa Siapa Yang Ditanggung?
Persoalan yang sama, apakah dosa mereka diperlakukan sedemikian? Tapi kita semua tau, bayi yang baru dilahirkan adalah seperti kain putih. Suci jauh dari segala dosa. Kenapa mereka diuji sebaik sahaja dilahirkan ke dunia ini.? Dosa siapakah yang ditanggung sebenarnya?
1. Rahsia Blogger Malaysia
1. Rahsia Blogger Malaysia
alahai, kesiannya mereka.. dah lah kecil tak tahu apa... tergamak pula ibu yang mengandungkan mereka membuang begitu saja..
ReplyDeletenafsu manusia yang menghancurkan manusia.
ReplyDeleteSelamat Pagi Raudzah... singgah baca entri... :)
ReplyDeleteisk...x sampai ati btol la manusia nih...buat pandai nak jaga x nak..
ReplyDeleteSetiap kali terbaca hal begini hati kakak memberontak geram sebab keluarga kami bersusah payah nak dapatkan anak dia dah dapat pi buang. Gila!! memang nerakalah balasannya. Geramlah kakak:(
ReplyDeleteYang jumpa yang kita tau, yang tak tau, hmm. Ya Allah.
ReplyDeleteYang jumpa yang masih hidup, yg dibuang takda yang kesa langsung. Ya Allah.
Moga Alla lindungi mereka..
x sampai hati baca .. sedih sgt !
ReplyDeletebayi itu sebenarnya tidak berdosa cuma ia menjadi mangsa manusia yang tidak berperi kemanusiaan...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
sedih bila baca kisah kisah sebegini..semakin ramai manusia yang tak berperikemanusiaan
ReplyDeletecomel2 cm ni ditgglkn?hurmm apela nasib baby tuh xbersalah lnsung +__+
ReplyDeletekejam sgt diorang ni....tak suke tak suke
ReplyDeleteAkhir.zaman oh akhir zaman...
ReplyDeleteKesiannya tgk baby2 ni...dia org x berdosa pun...
ReplyDeleteSaya tak mampu nak tengok dan baca... :(
ReplyDeleteYa Allah.. sedihnya...
ReplyDeletesedih nyer..sian baby..
ReplyDelete