Ngeri: Bapa Sembelih Anak Hingga Mati Di Bangi
Bapa Sembelih Anak Hingga Mati
Kejadian ngeri bapa sembelih anak berulang lagi. Kalau suatu ketika dulu seorang bapa telah menyembelih anaknya yang berusia 7 tahun dan menghirup darahnya berlaku di Lahad Datu, kali ini ianya menimpa sebuah keluarga dari Bangi Selangor. Dalam kejadian petang semalam, seorang bapa yang dipercayai mengalami masalah mental telah meyembelih seorang anak perempuannya berusia 7 tahun hingga mati dan mengelar dua lagi anaknya perempuannya berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan sebelum melarikan diri.
Bapa Dengan Parang Berdarah
Kejadian ngeri tersebut hanya disedari oleh seorang lagi anak perempuannya yang baru pulang dari sekolah. Pada ketika itu anaknya terserempak dengan bapanya di ruang tamu dengan sebilah parang yang berdarah. Beliau kemudiannya berlari ke tingkat atas menemui seorang lagi abangnya yang berada didalam bilik sebelum mereka menghubungi polis.
Mangsa Kelar Di Dalam Bilik
Sewaktu pihak polis tiba di lokasi, suspek sudah melarikan diri. Mereka kemudiannya menemui mayat anak bongsunya dengan kesan kelar di leher di bilik di tingkat bawah rumah berkenaan dan salah seorang anaknya yang dikelar dengan jari terputus di ruang tamu. Kedua-dua anak perempuannya yang dikelar dileher dan tengkuk berusia 8 dan 10 tahun kini dalam keadaan kritikal.
Bapa Hadapi Tekanan
Suspek dan keluarga dikatakan adalah dari keluarga yang baik-baik dan sangat dihormati dikhalangan masyarakat setempat. Suspek dan keluarga adalah antara jemaah tegar yang selalu berjemaah di surau berhampiran. Suspek juga dikatakan turut berjemaah di surau pada waktu zohor sebelum kejadian. Namun dikatakan terburu-buru pulang selepas berjemaah. Tidak seperti biasa.
Suspek yang telah beberapa lama tidak bekerja dikatakan mengalami tekanan perasaan yang agak serius dalam beberapa hari yang lalu. Sewaktu kejadian, isteri suspek tiada dirumah kerana bekerja di Cyberjaya. Suspek yang cedera berjaya ditemui di sebatang sungai kira-kira 300 meter di kawasan berhampiran.
p/s: Ya Allah macam-macam jadikan. Tekanan yang melampau membawa padah. Al-Fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga yang tinggal.
Baca kt sinar n metro smlm... Mmg ngeri kejadian tu..tpi mklumat jiran, klrga diorg klrga baik2.. Mgkin ni ujian dan peringatn utk kita juga...
ReplyDeleteYup mungkin ini dugaan untukAllah bagi mereka..peringatan untuk kita semua jugakan maria!!
Deletengeri....
ReplyDeletememang ngeri ikhwan!!!
Deleteya Allah..kesiannya ank2 dia..hopefully xda apa yg serius..bhya tekanan nie klu x betulkn dgn cra yg betul..
ReplyDeleteExactly CikTimm..tekanan perasaan ni memang bahaya coz kadang-kadang kita tak nampak...
Deleteaduhai...mesti alasan nya sakit mental..
ReplyDeleteBila hidup terlalu tertekan...
ReplyDeleteMungkin tekanan hidup... membuatkan dia hilang pedoman dan lakukan perkara yang diluar akal yang waras...
ReplyDeleteAstagfirullah.. mengerikan sgt2.. sedih juga mengenangkan nasib budak2 yg sedang membesar.. Allah...
ReplyDeleteYa-Allah..tekanan perasaan yg melampau jn Raudz..smpi kelar ank sdri
ReplyDeletebila dah terlalu tertekan..macam macam boleh berlaku.
ReplyDeleteBanyak belanja kalau nak dok kl
ReplyDeleteDalam berita katanya dia sedar dgn perbuatannya.. Ya Allah mungkin tekanan yg buat dia begitu... Nauzubillah...
ReplyDeleteThanks rose..I miss that news..tak tau nak kata api..mungkin syaitan dah menguasai dirikan...mana ada orang yang sedar boleh buat macam tu...
Deletetega sekali tu ayah
ReplyDeletekenapa ta bunuh dirinya sendiri saja
ReplyDeleteal-fatihah kepada anak beliau.. bahaya betul orang sakit jiwa ni.. menabung untuk raudzah.. masih churp2 yang keluar..
ReplyDeletekejamnya , kalau nak sembelih sembelih le diri tu sendiri.
ReplyDeleteDia jiran saya, klau yg x tahu cerita tu, jgn buat ap2 andaian! Pergi tapis dan tnya sendri! Korang x hadapi ujian yg dia hadapi, so watch you mouth!
ReplyDelete