Ngeri: Ayah Sembelih Anak, dan Hirup Darahnya
Ketagihan Darah Manusia
Sembelih Anak, 7 tahun dan Hirup Darahnya
Ngeri. Seorang lelaki Suluk berusia 30an telah meyembelih anaknya yang berusia tujuh tahun hidup-hidup dan menghirup darahnya. Kejadian ngeri tersebut berlaku di rumah ibu mertua lelaki berkenaan di Kg Ipil, Lahad Datu, pada kira-kira pukul 9 malam pada malam Khamis.
Ketika kejadian lelaki tersebut bersama ibu mertua serta anaknya sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama-sama, apabila beliau tiba-tiba berjalan ke dapur dan kembali dengan pisau untuk melakukan adegan ngeri tersebut. Walaupun ditegah, lelaki tersebut yang dipercayai tengah "khayal" akibat Syabu, terus sahaja menyembelih anaknya dan menghirup darah yang mengalir dari leher anaknya.
Setelah membunuh, lelaki tersebut kemudiannya mengamuk dan menikam salah seorang jiran yang datang membantu apabila terdengar jeritan yang kuat. Beliau bagaimanapun dapat ditangkap oleh penduduk kampung, lalu dipukul sampai pengsan sebelum kedatangan pihak polis.

Suspek yang sedar
kembali ketika dalam perjalanan ke hospital, memberitahu polis bahawa dia telah mendengar suara-suara ghaib di
telinganya mengarahkan beliau untuk membunuh anaknya. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Astaghfirullah.. sungguh ngerilah bila terbayang perkara mcm ni berlaku. Mohon semoga Allah lindungi kita semua dari musibah & bisikan syaitan...
ReplyDeleteSo true..Khir..ini namanya bisikan syaitan..semoga kita dilindungi ALLAH..
Deletengerinya.. bahaya mengambil dadah/pil khayal..
ReplyDeleteBetul tu Aiza..that's why Al Quran larang kita ambil benda-benda macam ni...kesannya mengerikan..
Deleteya allah x sanggup nak bayangkan !
ReplyDeleteNgeri KA...kalau dah kerasukan inilah jadinya...
DeleteMengalahkan drakula....mental tu
ReplyDeletekeji sekali tu orang
ReplyDeletenak berilmu apa tu orang minum darah manusia
ReplyDelete