Bacalah Ayat Ini Jika Di landa Masalah
Bacalah Ayat Ini Jika Di Landa Masalah
Salam Isnin buat semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah cara untuk kita menangani masalah. Setiap dari kita diuji Allah dengan pelbagai cara. Ada yang ujiannya besar dan ada sederhana. Sebagai manusia yang lemah, setiap kali dilanda masalah, pastinya hati kita akan gusar. Ada yang mengadu kepada ahli keluarga, rakan-rakan maupun laman sosial. Kadangkala kita terlupa, kita sepatutnya mengadu dengan Allah kerana segala ujian datangnya dari Allah. Jadi jika kita ingin masalah tersebut terlerai, kita mesti merujuk kembali kepada Allah, kerana Dia yang mencipta segalanya serta meleraikan segalanya.
Ada pelbagai cara untuk kita mengadu kepada Allah. Salah satu daripada nya adalah dengan memperbanyakkan bacaan "La Haula Wala Quwwata illa Billahi" seperti sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang dilanda kesusahan dalam sesuatu masalah, hendaklah ia mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa Billahi (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha Tinggi lagi maha Agung)(Hadis Riwayat Al Tabrani)
Jadi rakan-rakan semua, jom sama-sama kita perbanyakkan bacaan ayat ini. Amalkan ia setiap hari dengan penuh yakin. Moga-moga kita semua dihindari daripada masalah atau kesusahan yang sukar di tangani. In Shaa Allah....
La Haula Wala Quwwata Illa Billahi...
ReplyDeleteSesungguhnya kepada Allah kita berserah...
Thanks Sharing Raudzah
terima kasih atas tips ni. :)
ReplyDeleteIn Syaa Allah.. terima kasih Raudzah..
ReplyDeleteIn shaa Allah.. t kasih atas perkongsian ini Raudzah.
ReplyDeleteAlhamdulillah... tq sis...
ReplyDeleteTerima kasih byk2
ReplyDeletejika benar2 paham maksud ayat tu, mesti x kn pernah akan rasa keciwa.. kerana kita tiada apa, tiada daya dan upaya melainkan atas kehendak Dia.. :)
ReplyDelete