Breaking News

Thursday, December 29, 2016

Renungan Pagi Jumaat

Renungan Pagi Jumaat




Read more ...

Monday, December 12, 2016

Tanda - Tanda Serangan Jantung

Salam semua...
Serangan Jantung, Penyakit Global Abad Ke 21  

Last week kita pergi ke IJN untuk menemani seseorang untuk tujuan pemeriksaan jantung. Ramainya pesakit yang datang untuk tujuan rawatan. Dah macam General Hospital. Never thought of that. But somehow rasanya ianya bukan lagi sesuatu yang pelikkan coz statistik menunjukkan kegagalan jantung adalah penyakit global abad ke 21. 

Mengapa Serangan Jantung Berlaku

Serangan atau Kegagalan jantung berlaku apabila jantung gagal mengepam jumlah darah yang mencukupi ke seluruh badan kerana otot jantung semakin lemah akibat daripada beberapa penyakit seperti penyakit koronari arteri, hipertensi, penyakit otot jantung kardiomyopati, dan masalah injap jantung.

Keadaan ini sering dikaitkan dengan kehadiran plak dan lemak dalam arteri yang meningkat serta menyempit ke tahap di mana ia tidak boleh membekalkan cukup darah yang kaya dengan oksigen untuk memenuhi keperluan jantung.

Serangan jantung boleh berlaku dengan atau tanpa rasa sakit.

Tanda-Tanda Serangan Jantung

1. Sering Sesak Nafas
2. Sering Loya & Berpeluh
3. Sering Pedih Perut
4. Sering Berpeluh Sejuk
5. Sering Lemah, Lesu & Pening
6. Sering Berdebar-Debar
7. Sering Kebas Kaki & Tangan
8. Kepala terasa Berpusing

So kalau ada di antara kita yang mempunyai tanda-tanda di atas, elok rasanya buat pemeriksaan sebelum terlambat. 

Ingat hampir 30 peratus daripada kes kemasukan ke hospital akibat daripada kegagalan jantung berakhir dengan kematian. Scary but that is the facts!!!





Read more ...

Friday, November 4, 2016

Always Believe In Yourself

Always Believe In Yourself. You Know Yourself Better Than Others
Read more ...

Monday, August 8, 2016

KWSP - Beza Simpanan Shariah Dan Konvensional

Beza Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP

Read more ...

Wednesday, July 27, 2016

Malaysia Negara MAFIA?


Kes tembak di Setapak Semalam..
Tahun ini menyaksikan beberapa tragedi berdarah membabitkan kes tembak yang berlaku di seluruh negara. 

Hampir setiap bulan, ada sahaja kejadian meragut nyawa yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan.

Berikut adalah kronologi kes tembak yang berlaku di seluruh negara bermula awal tahun ini.

25 JanuariKUALA LUMPUR:

Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan, dipercayai ditembak dari jarak dekat di Jalan Jinjang pada pukul 2.10 petang.

Mangsa dikenali sebagai S. Surya Kumar, 41, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

11 Februari, PULAU PINANG:

Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat pada pukul 3.30 pagi.

Syed Amen Jainul Abdin yang merupakan pemilik restoran nasi kandar dan kedai mencuci kenderaan ditemukan berlumuran darah dalam kereta yang dipandunya.

28 Februari, SELANGOR:

Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang pemandu lori cedera parah selepas ditembak suspek yang menaiki sebuah motosikal dalam kejadian pukul 4.40 pagi berhadapan sebuah stesen minyak Petron, Jalan Semenyih Kajang. Mangsa yang berumur 45 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

25 Mac, SELANGOR:

Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki dua kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Charterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang dalam kejadian pukul 8.45 malam.

Ketika kejadian, pengawal peribadi berkenaan memandu kereta jenis Mercedes Benz menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dan didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

15 April, SABAH:

Dua lelaki terbunuh selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Jalan Kolam, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hii Lam King, 36, dan Ting Wen Hou, 23, kedua-duanya berasal dari Sibu, Sarawak namun menetap di Sabah. Ketika kejadian, Hii yang memandu kenderaan pacuan empat roda dikatakan dalam perjalanan balik dari menghantar anaknya ke sekolah.

20 April, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki maut ditembak polis, sementara teman wanitanya bersama dua lagi rakan mereka ditahan di Jalan Kilang 51/A, di Kuala Lumpur pada awal pagi.

Keempat-empat individu terbabit dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.

Semasa pemeriksaan itu, lelaki yang memandu kereta Proton Perdana itu cuba melarikan diri dan merempuh kenderaan polis termasuk anggota bermotosikal.

Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu terbabit bagi mempertahankan diri menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian.

21 Jun, SELANGOR:


Dua lelaki 30 dan 34 tahun yang memandu kereta berasingan cedera ditembak dari jarak dekat di persimpangan jalan besar Sunway Batu Caves ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat pada pukul 12 tengah hari.

21 Jun, SARAWAK:

Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong, 43, ditembak ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong, Miri pada pukul 8.30 pagi.

Calon PKR di kawasan Bekenu pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu itu meninggal dunia di tempat kejadian.

29 Jun, SELANGOR:

Seorang suspek utama kes tembak dua lelaki di Sunway Batu Caves pada 21 Jun, ditembak mati oleh polis di kawasan perumahan USJ 11/1D pada pukul 12.10 tengah hari. Ketika polis memperkenalkan diri, suspek berusia 37 tahun itu cuba mengacukan pistol ke arah anggota menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai badan suspek.

Seorang pengurus besar syarikat swasta berusia 40 tahun cedera parah ditembak individu yang menaiki motosikal ketika memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan dekat Desa Petaling pada pukul 8.40 pagi. 

6 Julai, KUALA LUMPUR:

Seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG. Setakat ini polis telah menahan sembilan suspek berhubung kes itu.

9 Julai, PERAK:

Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepalanya di Teluk Kulat, Pulau Banding, Perak. Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat Khairul Azizan Zaidi, 29, pada 7.20 pagi daripada seorang lelaki berumur 24 tahun yang juga rakan mangsa.

11 Julai, JOHOR:

Seorang peniaga nyaris maut apabila dipercayai diserang dua penjenayah yang melepaskan beberapa das tembakan dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Seri Fajar, dekat Batu Pahat pada pukul 10 malam.

13 Julai, PULAU PINANG:

Empat sekeluarga mati ditembak, dipercayai oleh anggota keluarga sendiri menggunakan senjata tidak berlesen, di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung Pulau Pinang pada pukul 2.55 pagi. Polis turut menemukan 11 kelongsong peluru di tempat kejadian.

14 Julai, PULAU PINANG:

Polis menembak mati suspek tunggal kes tembakan, Chung Chun Wah, 32, yang dikehendaki kerana membunuh empat sekeluarga di Batu Maung awal pagi 13 Julai, selepas insiden berbalas tembakan antara suspek dan polis berhampiran pasar Air Itam kira-kira pukul 7 malam.

26 Julai, KUALA LUMPUR:

Tiga lelaki berusia lingkungan 51 dan 58 tahun nyaris maut apabila kenderaan Toyota Fortuner yang dinaiki mereka ditembak kumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian cubaan samun di susur Lebuh Raya Elite menghala ke Putrajaya pada pukul 9.30 pagi.

Ketika kejadian ketiga-tiga lelaki itu sedang dalam perjalanan menghantar seorang lagi rakan mereka bersama sejumlah wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), Sepang.

27 Julai, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki berusia 43 tahun maut ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini ketika memandu kereta jenis Honda Accord dalam kejadian pukul 3.35 petang.
Read more ...

Wednesday, July 20, 2016

Bantu Tanpa Balasan

Sekadar Renungan...
Read more ...

Monday, July 18, 2016

Alangkah Bahagianya...Jika Itu Aku

Alangkah Bahagianya...Jika Itu Aku
Read more ...

Friday, July 1, 2016

Ramadhan Checklist

Have we done all the above?

Salam 26th Ramadhan.

Read more ...

Monday, June 20, 2016

Ramadhan dan Al Quran


Jom sama-sama membaca Al Quran.

Satu huruf satu kebaikan..
Read more ...

Wednesday, June 15, 2016

Infaq Ramadhan

Read more ...

Wednesday, February 3, 2016

Betul Ke Pencarum Tidak Perlu Bayar Cukai Tinggi Jika Pilih Caruman 8% ?


Dakwaan kononnya pekerja akan membayar cukai pendapatan lebih tinggi sekiranya memilih untuk mengurangkan potongan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus mulai Mac tahun ini sehingga Disember 2017 adalah tidak tepat.
Menurut Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin, purata gaji rakyat Malaysia adalah berada pada paras RM2,500 hingga RM4,000 sebulan di mana ia tidak memberi kesan kepada pertambahan nilai cukai sekiranya memilih untuk mencarum sebanyak lapan peratus.
“Tidak benar (perlu membayar lebih cukai) – Kadar cukai terletak kepada jumlah pendapatan tahunan. Sebagai contoh, jika gaji RM3,000 sebulan (RM36,000 setahun), pencarum itu mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM90.
“Kadar cukai (RM36,000 setahun) masih lagi sama mengikut banjaran pendapatan bercukai (10 peratus mengikut tahun taksiran 2016). Jadi, cukai tidak meningkat kepada banjaran baharu.
“… Kecuali, pencarum yang mungkin berada di antara banjaran satu dan banjaran dua. Sebagai contoh, pendapatan tahunan antara RM20,000 dan RM20,001,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Berdasarkan semakan Kadar Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2016 di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), cukai pendapatan di Malaysia adalah antara satu hingga 28 peratus.
Dr Amir turut menyatakan bahawa jangka masa setahun yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melaksanakan pengurangan tiga peratus caruman KWSP juga merupakan satu tempoh yang tepat kerana ia tdak terlalu lama.
"Sekiranya ia dilanjutkan kepada satu tempoh yang lebih lama, mungkin ia memberi kesan kepada tabungan dan nilai cukai," katanya.
Malah, katanya, pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mana kerajaan akan memberikan pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu dengan pendapatan bulanan RM8,000 dan ke bawah, bagi tahun taksiran 2015 juga memberi manfaat kepada pembayar cukai.
“Tujuan pengurangan caruman adalah untuk mengembangkan penggunaan dalam negeri dalam usaha mengatasi kekangan dari luar termasuk keadaan ekonomi semasa.
“Maka, ia tdak menjejaskan tabungan (KWSP) dan mengheret pencarum ke dalam banjaran cukai pendapatan baharu,” katanya.

Credit : Malaysian Digest
Read more ...

Monday, February 1, 2016

Fakta Mengenai Virus Zika

Fakta ringkas mengenai virus Zika
Virus Zika Merebak Dengan Pantas Di Amerika Syarikat

Fakta Mengenai Virus Zika


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini.

Manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.

Apa itu virus Zika?


Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya.

Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika.

Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Bagaimanakah ia merebak?


Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

nyamuk
Aedes jenis aegypti

Simptom utama demam Zika


- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan

Rawatan?


Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan virus Zika


Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.


Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?


Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

zika virus
Foto sumber Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa

Tiada virus Zika di Malaysia?


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jumaat, mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Credit : Astro Awani
Read more ...

Wednesday, January 27, 2016

Khayla Callista Di Bangi Sentral

Khayla Callista Di Bangi Sentral
Salam semua..

Dengan besar hati pihak Khayla Callista ingin menjemput semua peminat-peminat instant shawl datang beramai-ramai ke Bangi Sentral weekend ni untuk Grand Opening butik @Tudungstoredotcom.

Khayla Callista akan berada di sana bersama-sama 37 vendor yang lain. Semuanya best kebaboom. Dan yang pasti ada diskaun hebat menanti pembeli-pembeli koleksi Instant Shawl Khayla Callista. So jangan tak datang k!!!

Plain Instant Shawl
Plain Instant Shawl : 2 loops & Ada 10 warna pilihan
Plain Instant Shawl : Semi Instant & Ada 10 warna pilihan

        Plain Instant Shawl : Full Instant & Ada 10 warna pilihan
Printed Instant Shawl : Ada 16 corak : 


Butik@tudungstoredotcom, Bangi Sentral, Tingkat 2, Atas restaurant Mee Tarik Warisan 

Read more ...

Sekadar Ingatan


Alhamdulillah..
Read more ...

Monday, January 25, 2016

Apa Dah Jadi Dengan Tabung Haji ?

Paras Rizab Lembaga Tabung Haji Negatif 

Embedded image permalink
Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat Lembaga Tabung Haji secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot. 
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata nilai aset Lembaga Tabung Haji hanya mencukupi membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti dan memberi amaran ia boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata nilai aset Lembaga Tabung Haji hanya mencukupi membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti dan memberi amaran ia boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan. "Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini " Tan Sri Zeti Akhtar AzizKlik SINI untuk baca lebih details kisah Tabung Haji ni k..
Read more ...
Designed By