Breaking News

Saturday, July 14, 2012

Bekalan air dicatu


RUSLAN Hasan (dua dari kiri) mengagihkan bekalan air mineral kepada penduduk Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh lebih sejuta penduduk di sekitar Lembah Klang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak sebulan lalu kini bertukar menjadi krisis apabila mereka bakal berdepan catuan secara besar-besaran dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan (gambar kecil) berkata, catuan tersebut melibatkan sebanyak 209,678 pemegang akaun terdiri daripada pemilik kilang, kedai dan rumah.
Catuan tersebut membabitkan empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Klang dan Hulu Langat.
Bagaimanapun, katanya, Syabas akan mengemukakan cadangan itu terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu hadapan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
"Kita terpaksa mengambil langkah ini kerana paras air di beberapa kolam utama atau Loji Rawatan Air (LRA) turun secara mendadak akibat peningkatan permintaan oleh pengguna.
"Keadaan jadi tambah buruk apabila jumlah rezab bekalan air bersih di LRA sedia ada kurang dua peratus berbanding minimum 20 peratus yang ditetapkan.
"Sebenarnya krisis bekalan air telah mula melanda negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Designed By