Breaking News

Friday, August 10, 2012

10 Jambatan paling menakutkan di Dunia (Terrifying Bridge)

Bayangkan kita berjalan beratus-ratus kaki di udara. Di bawahnya macam-macam ada...Gayat mungkin ayat yang sesuai..Kalau di beri pilihan tak mungkin rasanya ada yang sanggup melintasi jambatan-jambatan ni...tapi kalau dah tak ada pilihan macam mana...hmmm 

10. Ghasa, Nepal

Jambatan ini dibina untuk mengurangkan trafik haiwan melalui bandar yang berdekatan Ghasa. Beratus-ratus haiwan bergerak merentasi jambatan ini setiap hari.

9. Living Root Bridge, India

Percaya atau tidak, jambatan ini sudah berusia 100 tahun . Mempunyai ketinggian 53 kaki dan diperbuat daripada akar pokok hidup. Pembinaan jambatan ini mengambil masa selama 20 tahun . 

8. Rope Bridge, Peru


Jambatan ini telah dibina mengikut kaedah yang telah digunakan sejak zaman Inca (Keshwa Chaca). Setiap tahun helaian jerami tersebut di ganti untuk memastikan ia selamat di gunakan.

7. Capilano Suspension Bridge, Canada

Jambatan Capilano pada asalnya dibina pada tahun 1889. Ia terletak 230 kaki di atas sungai Capilano dan menjalar sepanjang 450 kaki merentasi. Jambatan di dalam taman seluas 27 ekar ini di gunakan oleh ramai pengunjung setiap hari. 

6. Kotmale Oya, Sri Lanka

Dengan keadaan papan yang longgar serta agak reput, pastinya sesiapa yang melalui jambatan ini tidak akan selesa. Tambahan pula di bawahnya mengalir Sungai Kotmale Oya. Sungguh menggerunkan

5. Trift Lake, Switzerland


Jambatan hebat ini mempunyai kira-kira 550 kaki panjang dan terletak 300 kaki di atas Trift Tasik, di tengah-tengah Switzerland. Ia adalah jambatan gangtung pejalan kaki terpanjang di Alps. 

4. Sarawak, Borneo

Jambatan ini hanya cukup kuat untuk menanggung dua orang pada satu-satu masa, Ianya dibuat dari batang buluh yang diikat bersama dengan tali dan wayar.

3. Lantang Valley, Nepal

Terletak di pergunungan Himalaya. Jambatan ini mungkin kelihatan selamat, berbanding yang lain. Tetapi tak boleh bayangkan kalau kita melintasi jambatan ini semasa tiupan angin yang kuat...

 2. Braldu River Crossing, Pakistan

Ditemui di utara Pakistan, jambatan ini dibuat dari "interwoven vines".

 1. Hunza River, Pakistan



Jambatan yang menyeberangi sungai Hunza di Pakistan ini, mungkin salah satu yang paling menakutkan di seluruh dunia. Tak boleh di bayangkan sekiranya penyeberang jambatan ini tergelincir antara papan jarang..ngeri

6 comments:

Designed By