10 kaedah perubatan yang mengerikan
10 kaedah perubatan yang mengerikan
Sains perubatan kadangkala sukar untuk di percayai..Kaedah penyembuhannya mungkin di anggap pelik dan ngeri tetapi berkesan untuk sesetengah penyakit...jom kita tengok beberapa kaedah yang telah digunakan sejak zaman purba kala. Ianya agak mengerikan dan mungkin ramai yang tak tahu ....
Sains perubatan kadangkala sukar untuk di percayai..Kaedah penyembuhannya mungkin di anggap pelik dan ngeri tetapi berkesan untuk sesetengah penyakit...jom kita tengok beberapa kaedah yang telah digunakan sejak zaman purba kala. Ianya agak mengerikan dan mungkin ramai yang tak tahu ....
10. Hirudotherapy
Ini adalah salah satu rawatan yang digunakan sejak zaman purba. Ianya melibatkan penggunaan lintah untuk menyembuhkan luka dan bengkak. Ianya sangat popular pada tahun 1990-an dan digunakan secara meluas di pelbagai negara.
9. Malaria Drug Therapy
Walaupun namanya di kaitkan dengan malaria, tetapi terapi ini tidak digunakan untuk membasmi penyakit malaria. Ianya
telah digunakan untuk merawat penyakit yang dikenali sebagai Sifilis. Pada asalnya tidak ada cara untuk mengubati seseorang yang telah dijangkiti
dengan penyakit ini sehingga Wagner-Jauregg menemui idea untuk cuba untuk merawat pesakit dengan darah yang telah dijangkiti
dengan Malaria. Rawatan ini telah memenangi hadiah Nobel.
8. Maggot Debridement Therapy
Sama seperti rawatan yang menggunakan lintah, terapi ini juga melibatkan penggunaan serangga untuk menyembuhkan penyakit. Ianya juga dikenali sebagai terapi larva, kerana ulat atau larva lalat digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Ulat atau larva lalat akan menghisap kulit mati dan
juga kuman yang berada di luka untuk membantu dalam penyembuhan penyakit.
7. Induced Seizures
Skizofrenia adalah salah satu daripada gangguan mental (sawan) yang teruk yang dikenalpasti. Kaedah ini digunakan pesakit untuk menghasilkan sawan untuk diri mereka sendiri. Pada tahun 1934 seorang pesakit yang menderita Skizofrenia, berusia 33
tahun telah disuntik
dengan minyak kapur barus yang menyebabkan sawan kronik. Ianya ternyata berjaya. Kaedah ini telah digunakan secara meluas selepas kejayaan experiment tersebut.
6. Electroconvulsive Treatment (ECT)
Rawatan
ini telah mula digunakan pada tahun 1938 apabila seorang psikiatri di Itali
mencadangkan agar pesakit psikotik dirawat
dengan mengejutkan mereka melalui elektrik. Ramai doktor percaya dengan teknik rawatan ini kerana mereka
percaya bahawa dengan mengejutkan otak, kita akan lebih cepat memberi reaksi kepada keadaan sekeliling. Rawatan
ini tidak lagi digunakan secara meluas sekarang sebagai rawatan biasa tetapi
ramai doktor masih cenderung untuk menggunakannya sebagai resort terakhir.
5. Fire cupping (Bekam)
Teknik ini digunakan sejak 1000 SM. Haba yang dihasilkan dari api yang di isi dalam
cawan vakum dilekapkan pada kulit pesakit selama dua puluh
minit. Kebiasaannya 12 cawan digunakan pada satu-satu masa. Rawatan ini berasal dari Cina.
4. Trepanation
Ini adalah salah satu teknik yang masih digunakan di dalam rawatan moden tetapi dengan cara yang lebih dipercayai dan selamat. Apa yang mereka lakukan ialah menggerudi lubang ke dalam tengkorak pesakit untuk melegakan penyakit tertentu serta tekanan yang di alami oleh otak manusia.
3. Bloodletting
Ini
adalah salah satu daripada rawatan penyembuhan yang telah
digunakan sejak hampir 2000 tahun dahulu. Ianya telah digunakan sehingga abad
ke-19. Selepas itu ia telah digantikan dengan pemindahan darah. Apa
yang mereka lakukan ialah mengambil sejumlah besar darah pesakit supaya kekotoran dan penyakit disedut keluar. Teknik
ini di lihat seolah-olah menganiaya ramai pesakit, tetapi ia telah
diamalkan secara meluas oleh tamadun Yunani, Maya, Mesir dan banyak tamadun lain.
2. Moxibustion
Moxibustion
adalah satu teknik yang melibatkan penggunaan herba yang dipanggil Moxa. Herba tersebut disuntik dalam tubuh pesakit melalui jarum akupunktur atau digulung ke
dalam rokok dan kemudian diasapkan terus ke kulit pesakit. Rawatan ini masih digunakan secara meluas di kawasan asia untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
1. Lobotomies
Ianya merupakan satu teknik yang dahulunya digunakan untuk merawat gangguan mental tertentu yang sukar dikawal. Sambungan ke dan dari korteks prefrontal, bahagian anterior lobus frontal otak di potong melalui pembedahan ini. Walaupun prosedurnya yang dikenali sebagai leucotomy telah digunakan sejak tahun 1935, ianya telah menjadi kontroversi kerana dianggap tidak berperikemanusiaan serta diakui mempunyai kesan sampingan yang serius.
Comments
Post a Comment