Breaking News

Monday, August 27, 2012

Di penggal kerana hadir majlis tarian

GAMBAR atas, Tentera  Afghanistan berdiri di  bumbung pusat pemeriksaan Kajaki,  wilayah Helmand  tempat 17 dipenggal. Gambar bawah, Pasukan keselamatan  Afghanistan meronda   di Karizona   lokasi  dua askar NATO ditembak mati. - Foto AFP 
GAMBAR atas, Tentera Afghanistan berdiri di bumbung pusat pemeriksaan Kajaki, wilayah Helmand tempat 17 dipenggal. Gambar bawah, Pasukan keselamatan Afghanistan meronda di Karizona lokasi dua askar NATO ditembak mati. - Foto AFP



Taliban larang orang awam sertai keraian diiringi muzik

Kajaki: Kumpulan pemisah memenggal 17 orang awam, dua daripadanya wanita dipercayai kerana mereka menghadiri majlis tarian di kawasan yang dikuasai Taliban di daerah Kajaki selatan Afghanistan semalam, kata pegawai. 

Jurucakap Gabenor Helmand, Daud Ahmadi mengesahkan, pejuang Taliban bertanggungjawab memenggal 15 lelaki dan dua wanita.
Tiga orang dipenggal ketika Ramadan. Seorang lagi, anak lelaki ketua puak, dipenggal baru-baru ini” - Nematullah Khan, Ketua Musa Qala
“Saya boleh mengesahkan ini adalah perbuatan Taliban. Mereka dipenggal kerana menghadiri majlis tari-menari yang diiringi muzik. Semua mangsa dipenggal tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka ditembak terlebih dulu,” katanya.

2 wanita menari dipancung

Ketua daerah Musa Qala, Nematullah Khan, juga mengesahkan penduduk kampung mengadakan majlis yang disertai muzik, manakala seorang pegawai tempatan berkata, beliau percaya kedua-dua wanita terbabit dipenggal kerana menari.

Khan berkata, mangsa ialah sebahagian daripada sekumpulan besar orang awam yang berhimpun di Musa Qala untuk menghadiri persembahan muzik dan tarian.

Taliban bertindak demikian bagi menunjukkan bantahan acara berkenaan. Majlis keramaian yang disertai wanita nomad seakan-akan gipsi, adalah aktiviti biasa di selatan Afghanistan.

Maklumat yang diperoleh juga lambat diterima kerana lokasi kejadian adalah kawasan yang dikuasai Taliban, manakala jurucakap pergerakan itu di selatan Afghanistan gagal dihubungi.

Taliban bergerak aktif di wilayah bermasalah itu dan mereka dipersalahkan kerana memenggal kepala penduduk kampung, kebanyakannya berhubung dakwaan mengintip untuk askar Afghanistan dan NATO.

Pembunuhan meningkat

Khan berkata, wilayah berkenaan menyaksikan peningkatan pembunuhan sejak beberapa bulan ini.

“Tiga orang dipenggal ketika Ramadan. Seorang lagi, anak lelaki ketua puak, dipenggal baru-baru ini,” katanya.

Khan berkata, pembunuhan itu menyusul operasi ketenteraan oleh tentera Afghanistan dan NATO di kawasan itu.

Beberapa jam kemudian, seorang tentera Afghanistan membunuh dua askar NATO dalam serangan terbaru seumpama itu, kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF). - AFP

1 comment:

Designed By