Breaking News

Tuesday, August 21, 2012

Keluarga luar biasa (adik beradik dengan gabungan usia 818)

 

Sebuah keluarga dari Sardinia, Itali telah memecahkan rekod dunia untuk ketagori umur panjang.
 
Sembilan adik-beradik daripada keluarga Melis mempunyai kolektif umur 818 tahun dan 205 hari. Ini disahkan oleh Guinness World Records pada 1 Jun 2012.

Anak sulung daripada adik-beradik Melis, Consolata,
yang berusia 105 tahun telah menjadi legenda tempatan di kampung mereka, Perdasdefogu. Keluarga kedua tertua berumur 99 tahun, di kenali sebagai Claudina.

Seterusnya adalah Maria berumur 97, Antonio 93, Concetta 91, dan diikuti oleh Adolfo berusia 89 tahun yang masih aktif bekerja di bar tempatan.
Fam-Meli.jpg
Adik-beradik yang lain termasuk Vitalio, 81, Fida, 80, dan Mafalda berusia 78 tahun, yang tinggal di Cagliari dengan Vitalio.

Menurut akhbar tempatan La Nuova SardegnaConsolata sangat gembira dengan kehidupannya kerana dikelilingi oleh sembilan orang anak, 24 cucu, dan 25 cicit.

Mengulas mengenai rekod mereka, Craig Glenday, Editor-in-Chief untuk Rekod Dunia Guinness berkata: "gaya hidup Mediterranean terbukti bermanfaat untuk kehidupan yang panjang dan sihat.

Beliau juga mengesahkan tujuh daripada 70 orang manusia yang berusia lebih daripada 110 adalah Italian. Mengambil contohorang kedua tertua hidup di dunia, Dina Manfredini, dilahirkan di Emilia-Romagna, Itali walaupun kini hidup di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment

Designed By