Rahsia Kota Mekah
Kota Mekah adalah kota suci yang banyak menyimpan rahsia tersendiri. Bagi mereka yang pernah menjejaki kaki ke sini pastinya dapat merasai keberkatan tanah suci dan pastinya ingin kembali kesana. Tulisan ini sekadar berkongsi cerita kota Mekah yang tidak pernah jemu untuk di baca.
Nama: Kota Mekah mempunyai banyak nama. Ini menandakan lebihnya Kota Mekah terutamanya apabila gelaran yang melambangkan kebaikan dan kehebatan diberikan kepadanya.
Kaabah di Kota Mekah pada tahun 1880. Pada tahun 6
Hijrah, umat Islam yang berhijrah ke Madinah begitu merindui untuk
kembali beribadat di situ.
Nama: Kota Mekah mempunyai banyak nama. Ini menandakan lebihnya Kota Mekah terutamanya apabila gelaran yang melambangkan kebaikan dan kehebatan diberikan kepadanya.
Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kepada
Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurang dan menghapuskan
dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan
kezaliman di Mekah atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim
dan menundukkan kesombongan mereka.
Seperkara lagi nama kota ini dirakamkan dalam nas al-Quran dan hadis
dan sudah pasti ia akan diabadikan di sepanjang zaman kehidupan manusia.
Sejarah: Kota Mekah mempunyai sejarah yang cukup istimewa,
antaranya ia merupakan sejarah rumah Allah yang pertama didirikan untuk
manusia. Sejarah kehidupan Hajar dan Ismail sebagai manusia yang membuat
pembaharuan semula bagi Kota Mekah amatlah unik. Seterusnya catatan
kehebatan Mekah berlangsung daripada generasi terdahulu hingga kini.
Karamah: Kemuliaan yang Allah
wujudkan pada Kota Mekah, sama ada dinaskan dalam al-Quran dan hadis.
Hal ini jelas dengan rakaman firman Allah SWT berkenaan Ashabul Fil.
(rujuk al-Fil: 1-5)
Tawaran pahala. Terlalu banyak tawaran pahalanya dan
digandakan berbanding tempat lain. Ini terbukti dengan banyak nas
seperti solat di Masjidil Haram di beri ganjaran 100,000 berbanding
masjid lain. Begitu juga dengan pahala tawaf, umrah, hatta melihat
Kaabah.
Keistimewaan Mekah
Telaga Zam Zam di mana airnya adalah antara yang terberkat
di muka bumi. Mempunyai pelbagai kelebihan dan mengikut niat seseorang
yang meminumnya akan diberikan dengan izin Allah. Hal ini dinaskan dalam
hadis. Wujudnya tempat-tempat yang ada nilai berbanding dengan yang
lain seperti Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Hajar Aswad, Multazam dan
lain-lain.
Mekah sebagai Tanah Haram. Dalam sebuah riwayat Muslim,
menyebut Rasulullah SAW bersabda: Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa
Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Kota Mekah: Sesungguhnya
Negeri Mekah ini dijadikan Allah SWT sebagai Tanah Haram ketika Dia
menciptakan langit dan bumi. Mekah ialah tanah haram dengan pengharaman
daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di
Mekah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku
kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan Kota Mekah tahun ke 8
Hijrah).
Mekah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke
hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang
pemburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barangan yang
tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan
tidak boleh mengerat rumput di Mekah. Kata al-Abbas( bapa saudara
Rasulullah): "Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk
dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah. Jawab Rasulullah SAW: "Kecuali Izkhir.
Tidak dimasuki Dajjal. Hal ini berdasarkan hadis dalam Sahih Bukhari Rasulullah SAW bersabda: Semua
negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, semua jalan
masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah
akan bergoncang sebanyak tiga kali. Dan Allah SWT akan mengeluarkan
semua orang kafir dan munafik darinya.
Mendapat keamanan. Ini kerana telah diisytiharkan Allah
SWT. Al-Maghari berkata seluruh bangsa Arab sepakat untuk menghormati
dan memuliakan Baitullah ini. Sesiapa yang masuk ke dalamnya pasti
berasa aman daripada gangguan penganiayaan orang lain, pembunuhan atau
pelanggaran kehormatannya, selama mereka berada di dalamnya. Amalan
kebiasaan ini telah berjalan sejak zaman jahiliah.
Melakukan ibadah sunat sepanjang masa. Walaupun ia tidak
disepakati oleh para ulama tetapi mengikut mazhab Syafie dan Hambali ia
boleh dilakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa. Tetapi
mengikut mazhab Hanafi dan Malik hukum Mekah sama seperti tempat lain
tanpa bezanya ini berdasarkan kepada perbuatan Saidina Umar.
Kaabah. Ia adalah Baitullullah al-Haram dan kiblat umat
Islam. Berkenaan dengan kelebihannya tiada syaknya lagi berdasarkan nas
al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya rumah yang mula-mula
dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah sebagai tempat ibadat yang
berada di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua
manusia.
Allah SWT menjadikan hati-hati manusia
merinduinya dan mewajibkan ke atas hamba-hambanya yang mampu agar
mengunjunginya dengan dijanjikan pahala yang berganda-ganda, juga
memberi amaran daripada melakukan kejahatan ketika berada di dalamnya.
Comments
Post a Comment