Breaking News

Tuesday, September 25, 2012

2,952 imej pesalah lalu lintas dirakam dalam tempoh dua hari


Solah Mat Hassan menerangkan kaedah Sistem Penguatkuasaan Automatik kepada media di Pusat Kawalan AES, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 25 Sept. - Selepas dua hari beroperasi, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang ditempatkan di 14 `lokasi maut’ merakamkan 2,952 keping imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pihaknya bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang notis saman kerana perlu menilai setiap kesalahan yang dikesan terlebih dahulu.

Menurut beliau, penghantaran notis saman melalui pos akan dibuat dalam tempoh lima hari imej kesalahan itu dirakamkan manakala proses menentukan kesalahan serta pengeluaran notis saman dilakukan oleh pegawai JPJ yang bertugas di pusat kawalan AES.

No comments:

Post a Comment

Designed By