Breaking News

Tuesday, September 18, 2012

Remaja ini berdepan penjara seumur hidup kerana membunuh adiknya menggunakan rak buku



Cristian Fernandez, 12, could face life in prison without parole if convicted of murdering his 2-year-old half brother.
Cristian Fernandez, 13, akan di penjarakan jika didapati bersalah membunuh adiknya berusia 2.5 tahun pada tahun 2011.


FLORIDA 18 Sept. - Seorang remaja berumur 13 tahun di sini, Cristian Fernandez mungkin menjadi pesalah paling muda di Amerika Syarikat (AS) yang berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana dibicarakan sebagai orang dewasa atas dakwaan menghempas kepala adiknya pada rak buku sehingga mati pada tahun lepas.

Di sebalik sifat ganasnya, rekod polis dan agensi perkhidmatan keluarga AS mendedahkan kehidupan tragisnya kerana diabaikan oleh ibunya yang melahirkannya ketika masih remaja, sementara neneknya seorang penagih dadah, selain pernah diserang secara fizikal oleh bapa tirinya yang kemudian membunuh diri.
Akhbar Daily Maill melaporkan Fernandez dilahirkan di Miami, Florida pada 1999 oleh Biannela Susana yang ketika itu berumur 12 tahun.

Dua tahun selepas dia dilahirkan, Fernandez dan ibunya dimasukkan ke rumah kebajikan apabila Fernandez ditemui dekat sebuah motel pada kira-kira pukul 4 pagi dalam keadaan bogel dengan neneknya dikelilingi dadah.

Pada Oktober 2010, Fernandez mengalami kecederaan teruk di mata dipercayai ditumbuk oleh suami baru ibunya.
Selepas kejadian tersebut, mereka pindah ke Jacksonville di mana Fernandez memasuki sekolah pertengahan dan mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

amd_mug_biannela-susana.jpg
Biannela Susana melahirkanFernandez ketika berumur 12 tahun.



Bagaimanapun, pada 3 Jun tahun lepas, polis menemui adik Fernandez, David mati dengan lebam di mata kirinya, keretakan tengkorak kepala dan pendarahan otak.

Susana, ketika itu berumur 25 tahun, mengaku meninggalkan Fernandez, David dan anaknya yang lain di rumah tanpa sebarang penjaga.

Wanita itu kemudian mengaku salah atas dakwaan membunuh tanpa niat dan mungkin dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun, manakala Fernandez didakwa membunuh.

Fernandez turut menghadapi satu lagi dakwaan selepas adik tirinya memberitahu ahli psikologi dia diserang secara seksual oleh remaja tersebut.

Kes tersebut mencetuskan perdebatan sama ada hukuman penjara seumur hidup mungkin terlalu keras terhadap kanak-kanak yang kehidupannya dipenuhi penderaan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Designed By