Breaking News

Monday, September 17, 2012

Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat tiga pangsapuri


Seorang anggota polis wanita membawa bungkusan berisi mayat bayi baru lahir yang dicampak dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, semalam. 

PETALING JAYA 16 Sept. - Dia seorang manusia namun tidak mempunyai nilai kemanusiaan apabila sanggup mencampakkan seorang bayi yang baru dilahirkan dari tingkat tiga Pangsapuri Desa Mentari di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi malang itu dibuang seperti sampah dan jatuh di laluan pejalan kaki masuk ke pangsapuri itu.

Akibat tindakan kejam manusia tidak berhati perut, bayi perempuan yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mati dengan kesan kecederaan di muka dan kepala akibat dicampak dari aras tinggi.

Mayat bayi itu ditemui oleh penduduk pangsapuri tersebut kira-kira pukul 11 pagi dan dipercayai dicampak sama ada dari tingkap atau ruang ampaian di tingkat tiga kediaman itu.

4 comments:

  1. Replies
    1. hmmm...ini yang dikatakan manusia akhir zaman kot..apabila pembunuhan bukan lagi sesuatu yang asing...

      Delete
  2. Kejam..itu sahaja aku mampu katakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sangat-sangat kejam..sampai hati dicampaknya anak dia hidup-hidup..

      Delete

Designed By