Breaking News

Monday, September 10, 2012

Hukum solat jamak dan qasar di kampung





SAYA berasal dari Pahang, tetapi sudah bekerja di Kuala Lumpur hampir lima tahun. Jarak rumah sewa saya di Kuala Lumpur dengan kampung melebihi dua marhalah.

Bolehkah jika saya pulang ke kampung tiga hari dua malam dan melakukan solat jamak dan qasar di kampung kerana saya tidak lagi menetap di sana secara tetap buat masa ini?

Din,
Pahang

SOLAT jamak dan qasar dalam musafir adalah harus. Ia rukhsah daripada Allah kepada umat Islam. Antara syarat melakukan solat jamak dan qasar ialah (1) apabila seseorang yang bermusafir sampai ke satu destinasi yang dia tidak berniat untuk tinggal menetap (mastautin) di situ. (2) Seseorang itu juga tidak berniat untuk menetap di tempat itu selama empat hari.

Kiraan hari tidak termasuk hari tiba dan hari beredar keluar. Dalam kes anda di atas, solat jamak dan qasar diharuskan apabila tempat menetap anda di Kuala Lumpur dan bukan lagi di kampung dengan memenuhi syarat-syarat di atas

No comments:

Post a Comment

Designed By