Breaking News

Tuesday, September 25, 2012

Karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi Diterbitkan

Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi
Satu lagi karikatur dibawa akhbar Al-Watan.
Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi
Salah satu daripada 13 karikatur dibawa oleh akhbar Mesir, Al-Watan. – Foto ihsan BBC
 

KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu.

Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".

Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".

Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal  bulan ini.

Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.

Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu. Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua halaman penuh.

Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa.

Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif dengan memuji idea tersebut.

4 comments:

  1. dunia skrang mmg macam2 lah! x tau nk cakap apa dah

    ReplyDelete
  2. Betul KA, macam-macam kan... harap-harap iman kita semua kuat untuk hadapi benda-benda macam ni kan..

    ReplyDelete
  3. Tak tahu nak kata apa sudah. Dunia sekarang makin teruk la. Mungkin tanda-tanda kiamat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia sudah terlalu tua and banyak tanda-tanda ke arah itu...

      Delete

Designed By