Breaking News

Wednesday, September 19, 2012

Majalah Perancis terbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW


ajalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah
Umat Islam Indonesia melaungkan slogan ketika mengadakan protes di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta, Indonesia, hari ini. – Foto EPA
 
PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini  sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu  yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.

Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan.

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.

"Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya.

"Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

"Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau.

"Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya.

Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang.

No comments:

Post a Comment

Designed By