Takungan air berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis
BAITULMUQADDIS - Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air
kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa
Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang
Islam.
Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.
Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu. Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi
Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400
tahun kemudian.
"Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat
Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga
takungan awam," kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi
dan Taman Israel, Tvika Tsuk.
Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi
Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di
sini. - Agensi
p€n€muan yg tak t€rnilai kan
ReplyDelete