Breaking News

Monday, October 29, 2012

Agihan daging akikah dan korban

DAGING korban dan akikah haram diberikan kepada orang bukan Islam kerana tujuan penyembelihannya kerana ibadah kepada Allah.


SAYA ada kemusykilan mengenai akikah. Benarkah daging akikah tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan akikah? Adakah daging akikah ini boleh dimakan oleh mereka yang bukan Islam?

JAWAPAN:

Akikah adalah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. 

Perkataan akikah daripada kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. 

Akikah afdal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran. Daging akikah dan korban haram diberikan kepada bukan Islam kerana korban dan akikah merupakan amal ibadah kepada Allah. 

Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al-Fatthani.

Namun begitu, kalau bukan Islam hendak membeli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya untuk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al-Fatthani dalam Furu’ul masaa’il. 

Asalnya daging korban atau akikah adalah untuk sedekah yang mana diniatkan pahala. Maka pemberiannya perlu diberikan kepada orang yang berhak.

Dalam hadis ada menyebut bahawa elok dibahagikan daging-daging tersebut kepada tiga bahagian. Bahagian pertama dimakan oleh tuan punya akikah dan keluarganya. Bahagian kedua dihadiahkan kepada tetangga dan sahabat handai, manakala yang ketiga hendaklah disedekahkan kepada orang miskin dan memerlukan.

7 comments:

  1. Terima kasih untuk perkongsian ini. Kadang2 kita terkeliru walaupu saban tahun isu itu timbul. :)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kakcik and memang betul,kadang-kadang kita keliru disebabkan amalan ni dilakukan setahun sekali..semoga lebih terangkan...

    ReplyDelete

Designed By