Berlian Paling Mahal Di Dunia



 

Geneva: Berlian besar yang diperoleh dari lombong Golconda, India dijual dalam satu majlis lelongan di Geneva, semalam pada harga 20.355 juta Swiss francs (RM65.9 juta).

Batu berwarna yang jarang ditemui seberat 76.02 karat dan sebesar kira-kira sebiji strawberi itu sebelum ini adalah miliki Putera Habsburgs berbangsa Hungary, Archduke Joseph August of Austria (1872-1962).

Anggaran harga sebelum jualan adalah sekitar 15 juta hingga 25 juta Swiss francs (RM48.5 juta hingga RM80.9 juta), dua kali ganda daripada jumlah pada lelongan hampir dua dekad lalu. 
 
 Archduke Joseph Diamond

Ia adalah rekod jualan berlian dunia dan memecah rekod dari segi harga untuk setiap karat bagi berlian berwarna.

Pasaran bukanlah pada tahap terbaik ketika ini. Jualan malam ini hampir mencipta kejutan, kata Pengarah Jabatan Barang Kemas Antarabangsa, Christie, Francois Curiel.

Beliau menambah pembeli berlian terbabit tidak mahu didedahkan identitinya, namun mendedahkan bidaan dibuat atas nama Fred Mouawad, pengedar antarabangsa yang memiliki pejabat di Dubai, Asia Barat dan Geneva. 


Sold for over $21m, the diamond attracted the highest price-per-carat on record. (AAP) 
 
Penjual berlian itu adalah syarikat milik Amerika, Black, Starr & Frost. 

Mengikut pemahaman saya, batu berharga ini akan dipamerkan muzium atau berkemungkinan sebaliknya, kata Pengerusi Black, Starr & Frost, Alfredo Molina.

Berlian adalah antara barang kemas yang dijual di tapak jualan dwitahunan Christie di Geneva yang mencecah 76.6 juta Swiss francs (RM247.7 juta) dengan 290 daripada 348 lot berjaya dijual.

Harga bidaan dibuka pada 8 juta Swiss francs (RM25.9 juta) namun harga meningkat mendadak di tengah kehangatan bidaan menerusi telefon.

Berlian bersejarah yang berasal dari lombong Golconda yang hampir kehabisan sumber pada abad ke-18 termasuk Koh-i-Noor, menjadi permata yang terdapat pada mahkota British, manakala Hope Diamond berwarna biru menjadi sebahagian daripada Smithsonian Institute di Washington, D.C, kata Christie.
Reuters

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat