Breaking News

Monday, November 26, 2012

KL Pusat Beli-Belah Ke-4 Terbaik Dunia

 

Kuala Lumpur telah disenaraikan sebagai kota raya membeli-belah ke-4 terbaik dunia oleh rangkaian berita global CNN.


 

Dalam kajian CNN menerusi '10 Top Best Shopping Cities in the Wolrd', kota raya New York menduduki tempat pertama diikuti Tokyo dan London.Paris berada di tempat kelima, diikuti Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid.

 

Penghakiman adalah berdasarkan empat kriteria, iaitu kemudahan bergerak, nilai untuk wang, kepelbagaian dan pengalaman. Kuala Lumpur meraih 30 mata daripada 40 mata keseluruhan: enam mata bagi kemudahan bergerak, 10 mata bagi nilai untuk wang, lapan mata untuk kepelbagaian dan 10 mata bagi pengalaman. New York meraih 35 mata, diikuti Tokyo (34) dan London (31).


Kuala Lumpur juga merupakan satu-satunya kota raya yang meraih 10 mata penuh dalam nilai untuk wang, sekali gus menunjukkan bahawa kepelbagai produk yang terdapat di bandar raya ini, mampu dimiliki dan harga berpatutan.



Pada awal bulan ini, Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai destinasi membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik oleh Globe Shopper Index yang dicipta oleh 'Economist Inteligence Unit' yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ahli ekonomi dan ditauliahkan oleh syarikat pelancongan membeli-belah, 'Blue Global' yang terletak di Switzerland. 


Source 

2 comments:

Designed By